Monday, February 15, 2010

Kerana Abang, Adik Rela.

Assalamualaikum! Day 3;
tajuk atas ni takdak kena mengena dengan kisah hari ini, aku dah penat ni sebenaqnya..aku terus random tanya Izzat apakah perasaan dia,dan apa tajuk sesuai untuk life dia hari ini? yeah itulah jawapannya.
Hari ni Izzat beli sebuah kitab kat Glamour World! kitab Private.Com. Kelihatan masing-masing jadi kawan baik Izzat share kitab tu.Aku pun tak tengok lagi kitab apa sebenarnya.OK dah dah, hari ni penat sangat, aku sebenarnya tak larat nak taip banyak-banyak ni..aku dah terlena 3 kali. So dipendekkan cerita hari ni kami naik Dublin Mountain, fuh atas tu dapat view the whole Dublin..aku nampak ada macam satu besi panjang mcm menara..then kami found out tiang yang tinggi nak mampoih sebenarnya besi semata-mata yang menurut kepercayaan orang sini ia menjaga kawasan..tinggi gila ni..aku rasa 30 tingkat kot? besi bodo ja pacak..haih..

Kami lunch kat kedai pakistan tadi, Madina. Aku makan Chicken Tikka Masala, fuhh menu paling laku masa tu, semua amik makanan aku..yang lain-lain order benda2 common. So lepas makan aku terjumpa sorang mamat ni tegoq aku, dia orang Kedah. tudia kecoh la sat..dia keluar ngn wife dia beli kerusi semata-mata nak tengok show Hujan esok,terharu aku..bini dia mengandung,takkan nak berdiri lama-lama. Lepas tu hari ni berjalan-jalan sakan gak la, tapi aku tak beli apa-apa, kelihatan Izzat dengan Am punya turn shopping hari ni..sebab esok dah takda keluar mana-mana lagi, dah nak show..jadi ni sajalah peluang yang ada. Sepanjang kami keluar, kalau jumpa students Malaysia, diaorg mmg recognised Hujan..&& dari situ aku macam bersyukur gila tahap spreading Hujan ke serata tempat ditadah baik sekali. Tak sabar nak show esok! harap-harap semuanya lancar! Dan songlist untuk tour kali ni dah siap.So lepas jalan-jalan, kami pulang naik bas..lalu Trinity College Dublin, salah sebuah tempat wajib untuk dilawati di Dublin.

So malam tiba, kami lunch di rumah Luke, salah seorang organizer tour ni, dia dah stay sini 11 tahun, bini dia masakkan Chicken Chop.Sedap! sekali lagi jumpa orang utara..aku tak terkira berapa kali jumpa orang utara kat Europe ni..memang ramai..bangga plak aku.Lepas makan semua tengok LIVE8! mcm artis perform..taklarat nak ulas..anyway memang best! hmm lepas tu aku terlena dekat Luke's, terjaga tiba2 Azmi gerak aku..eh eh Azmi Melody..dia tidur kat Luke's dan dia baru balik dari Search punya meet n greet session. Why Hujan tak pergi? yeahh..adalah kisahnya..nanti kita share...ok tak lama lepas tu kami pun balik rumah, dan sampai ja rumah aku terus naik katil sampai sekarang ni...pemalas! OK lah cukup lah story hari ni..dan benda-benda aku tak lupa hari ni adalah;

Pagi tadi semua mandi dulu, aku last..semua cool ja masuk bilik lepas mandi..
time aku mandi, heater dah tutup, aku pun selamba mandi air sesejuk ais!! kepala banaa!!! pastu aku malas nak bertindak apa-apa, dan terus paksa diri mandi air sejuk ais tu..terima kasihh...siap shampoo rambutt kott! Aha! mana tak nya, ni aku punya 1st bath since sampai Dublin..hehehee..-_-'

Apa lagi eh? aha! pagi tadi sebelum pergi Dublin Mountain, anak abang Jeff ni main anjing jiran dia, anjing besar..Anjing husky yang macam Lessie tu..adoi bestnya,, cute! besaq! segak! tapi tu la Anjing kan..aku saja pi dekat-dekat..tapi tak terpegang..but atleast aku 1st time sendiri jalan pi kat Anjing.HIHIHIHI..

k dah! mengarut! bye..

2 comments:

HazirahMahadzir said...

Sepanjang kami keluar, kalau jumpa students Malaysia, diaorg mmg recognised Hujan..








SYUKUR!
:)

Siti Hajar said...

hujan kn mmg fmous...
Gi mna2 pown org knal...