Thursday, October 22, 2009

Nasi Lemak Cerita Kedai Qopi.

selamat pagi..
pagi ni adalah 2nd trip MK Tour.
bas sampai awal 6 pagi tadi..tadi masa aku turunkan barang,
semua dah smpai..aku fikir mcm awalnya gerak..
so aku nak setel apa2 yang patut dulu kat sini..
mujur Dugang ada, dia akan drive lepas ni pergi Taiping..
so kami berdua ja..senang nanti tak lah keras ada transport, tak lah terkial kial.
sebenarnya aku risau pisang berbuah dua kali..
dipendekkan cerita..trip pergi Kangar, Sungai Petani dan Pulau Pinang adalah teruk.
Bukan pada pihak Hujan..sebab Hujan dah selesaikan dengan baik dari pengurusan, crew pentas dan jurutera bunyi. Kami dah bagi sebaik baiknya tapi ada pihak kedua yakni Polan ni.. mereka sungguh tak professional, menghuru harakan keadaan..aku nak share pasal ni..tapi aku malas gila..dipendekkan cerita Polan ni cakap lain , sampai lain.
1. Kangar - takdak promotion yg serius, show pukul3, setup barang sampai pukul 5 baru nak start show..tukar mixer..mixer digital, tuan punya mixer sendiri pun tak leh handle? aku tak faham..tu masalah masing-masing..aku pun taknak fikir apa,sbb 1st venue..
lepas show semua balik hotel, sebab ada makanan disediakan. tapi? Tiada Makanan.
mujurlah aku balik Alor Setar, aku ngn rakan aku beli makanan bawak pergi hotel. Walaupun lambat..
2. Sungai Petani - show pukul3, masih lagi lambat setup barang-barang..pastu aku jumpa bnyk masalah mcm kabel rosak, plug tak elok..haih..pastu ada misscommunication dengan resort..suddenly right after the show , kami dapat tau , semua kena check out?? Polan ni buat kerja mcm mana? nasib semua orang atas tangan dia kot..haih..pastu nak bertumbuk aku dengar cerita..hmm..tu masalah hampa..aku tak campur.. mujur parents aku datang..dan mak ngn pak aku mcm tak ada masalah nak tumpangkan satu bas datang rumah aku...selesai hal penginapan kan? pastu kat theme park tu..Polan ni takleh nak setelkan jual tiket kat depan entrance.. so rakan2 aku dari Kedah datang setelkan, diaorg jadi ulat jual tiket..maka terjual lah tiket-tiket dengan lebih baik..haih imagine semua huru hara.
3. Pulau Pinang - Polan balik Kuala Lumpur, masalahnya..aku tak perlu cerita.. tapi show berjalan dengan baik..sayangnya full house, tak semua yang datang dapat masuk.

apapun semuanya ok, mujurlah kat Kedah, ada rumah aku..ada rakan2 aku..cuba bayangkan kalau jadi dekat negeri lain mcm kawasan timur..Kelantan, Terengganu? mampoih! hari ni kat Taiping, lepas show terus shoot Ipoh, stay kat Hotel Seri Malaysia. mula-mula cakap show kat SSL Traders Hotel, tapi last minit, tukar pergi studio jamming..WHAT?! kat studio jamming, lot kedai yang katanya muat 200 orang..mmg la muat..tapi SUMBAT...halalala..
Tour ni patut jadi tour yang best, maksud aku dari perjalanan, akomodasi, dan sistem pengurusan..tapi ada awan mendung.. Subhanallah, Wallamdulillah Wala ila haillallah.. Allahu Akbar... apapun kita kena ingat..mcm mana pun keadaan di luar performance, kita msti kena ingat..ada pendengar, penonton yang menunggu kita..tu ja..paling penting adalah untuk mereka yang datang nak lihat band-band kegemaran mereka, nak beri mereka-mereka ni puas hati, dan tentu sekali melakar kenangan yang mereka tak dapat untuk lupakan..

oklah aku nak sambung tidur, sat lagi perjalanan jauh ke Taiping..nak rehat..
si Sifoo ni dah bising dah..dia tau tuan dia nak tinggal studio..mmmmmm...

Wednesday, October 14, 2009

BERMULALAH JELAJAH MK


Kangar - UNIMAP
16/10/2009
Sg. Petani – Carnivall @ Cinta Sayang Golf 17/10/2009
Penang - Hard Rock Hotel Batu Feringhi 18/10/2009
Taiping - SSL Traders Hotel 23/10/2009
Ipoh – Dewan Silver Heritage 24/10/2009
Kuala Terengganu – Kuala Ibai Golf Club 31/10/2009
Kuantan – Kolej Shah Putera 01/11/2009
Tanjung Malim – Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) 06/11/2009
Melaka - Multimedia University Melaka 08/11/2009
Kota Bharu – Dewan Yayasan Kemiskinan Kelatan 14/11/2009
Kuala Lumpur – Live Center 22/11/2009


All show starts at 3PM. Ticket average at RM15 except Sg Petani RM20.

Wednesday, September 23, 2009

failed

Nyaris-nyaris nak completekan family..tapi..
TAK BERJAYA..

Monday, September 21, 2009

3 Syawal

Assalamualaikum,,
selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
kalendar menunjukkan 3 syawal..hari raya ke3, aku balik Aloq Setaq, totally duduk rumah, berehat..aku baru keluar berapa kali ja..pergi bayar bil maxis, pergi solat raya, pergi kubur, pergi kfc beli mainan kat anak buah..selebihnya kat bilik aku..neahh..aku minta maaf kat kawan-kawan yg nak datang raya..aku rasa ramai gila yang call, aku tak jawab..sorry..takdak mood sebenarnya..astaghafirullah hal'azim..hari ni aku dah peringkat lost..dalam plan aku, aku nak balik hari ni..tapi tak jadi..
semalam kakak aku balik ngn family dia..hari ni aku dengar khabar, abg aku yg kedua tu nak balik jgk.ohh aku mmg menunggu family aku complete masa raya..sebab dah bertahun-tahun tak complete masa aku balik..hmm..tiap2 hari orang mai rumah aku, bapak aku tak abis nak tunjuk bilik hotel yang dia buat kat sebelah bilik aku ni..haih chaos betoi..mai masuk, mai masuk..sila sila..
ok la asalkan bapak aku happy..dia kerja keras nak buat semua ni..
hmm kusut la kereta aku rosak tgh2 raya ni..nak balik KL tergendala jgk sbb kereta punya masalah..bapak aku suruh bawak blk iswara dulu, dia cakap dia tolong repair kembara tu..mmm aku plak risau balik KL nanti, aku nak bawak barang-barang susah..sbb iswara sure tak muat barang2 muzik aku..hmm..pikiaqq pikiaaq...ok la malaih pikiaq..
kalau aku tak balik balik, aku duk rasa bnyk lagi benda tak ok..risaulah..hhmm..mak aku dah hint2 suruh stay..dia duk komplen takdak sapa tolong2 dia..mmm..sian dia..
ni aku tunggu dikg datang..pastu takdak plan..ingat nak repair kereta, tapi la ni tak tau status nak buat apa , dan mcm mana semua..
Hari ni mak aku masak mcm2, ikan steam ada, ayam goreng apa tah , daging apa tah..aku tak pandai sgt nama2 makanan ni..tapi smua sedap2..sbb aku tukang rasa..mak aku puasa..abg aku yg sulong ngn family dia kuar beraya, taktau kat mana, tak cakap pun..mak aku tension, tinggal dia mcm tu ja..takda cakap apa..kakak aku plak ngn family dia duk hotel, eksyen takmau duk rumah ni.padahal rumah ni bilik sampai 7..skarang dah 8 bilik..tak cukup lagi?? haih..lain kali ajaqla anak-anak tu life kat kampung semua, ni anak sampai cakap melayu pun takleh..mm abg aku yg 2nd tu maybe balik ngn anak2 dia ja..wife dia tak sure..katanya kerja, tapi seingat aku,, tgh mengandung?? tak sure..hmm gitulah..kita tunggu la satg camana semua..
damn aku nak balik KL laaa..tapi confuse status kereta, confuse status jalanraya..kang jamm, panas lagi enjin kereta aku..mampoihh..

ha hari ni ada berita best..smlm aku dah email Fannkie, CEO Fanndec..company guitar baru kat Hong Kong, diaorg ada keluarkan signatures series guitar aku..:) kenapa aku dpt? ya la rezekilaa..alhamdulillah..so aku, Aji, Jamie Wilson, Hillary Ang & Andy Peterson yg dapat signature series kitaorg masing2..so dalam email semlm assistant dia reply..guitar aku dah on the way datang..coolll..!! && pagi tadi TGS ( guitarstore ) dah sms aku.. " Selamat Hari Raya AG! Guitar u sampai esok atau day after! "..wahh aku taktau camana rupa guitar aku nanti..diaorg taknak tunjuk gitar aku langsung..smpai aku pergi bukak sendiri..haih.. selain guitar tu, aku dapat endorsement seymour duncan's pickup jgk..Alhamdulillah, && jugak hardware Kehlerr, both US products.. so nanti aku update pasal guitar ni..sabaq..

eh bapak aku bawak kembara aku keluar..harap2 hari ni setel pasal kereta..hari ni la harap2..kalau sampai esok, lusa...tawakal je lah pakai iswara takdak power stereng..

oklah nak tolong mak aku...
(menguapp)

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum,,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
raya boring, duk depan tv..
tgk benda boring..
boring gila..
taktau apa dia tak boring..

Tuesday, June 16, 2009

Pegi Mampus La Hang..

lama gila tak blog, busy teruk kat studio..T_T

Tuesday, June 9, 2009

back back kejab

Assalamualaikum,
Gila la lama tak online,, hari ni aku kat studio taip blog ni..pakai notepad la..sedih kat rumah tak feel nak taip pakai pc orang lain..perh ni betui betui aku tinggal blog lama ni..dah macam-macam benda jadi tak sempat nak story mory.. so far aku busy gila..aku rasa cam life baru gak la..kali ni banyak masa terluang dekat luar rumah..kalau dulu banyak kerja ngn sosial aku kat rumah ja ha..kali ni kat Jalan Dwitasik, boleh kata aku dah cam resident la kat situ cee..

So tanggal 9 Jun ni..secara fizikalistiknya studio recording aku dah siap...cuma equiptment masih sama..tapi so far drum dah start recording kat sini, dan hasilnya..sangat memberangsangkan...dan pada pendapat aku kan, dia jadi best sebab pada aku hardware ngn software ke apa adalah bukan yang utama..aku rasa yang penting source dengan cara merakam tu adalah dengan cara yang betul..mungkin kalau equiptment yang lebih memakan belanja pelbagai sudut itu lebih bagus kualitinya tapi pada hakikatnya aku rasa ia cuma membantu memudahkan kerja..contohnya cam plug plug ja terus wah! hehe come on la..apa kata susah-susah dulu, senang-senang kemudian? atleast ada pengalaman untuk handle benda-benda dan keadaan rumit..

Sekarang masa tidur aku 2-4 jam sahaja sehari..lepas bangun sekarang aku ada banyak perkara nak buat..aku masih gagal buat checklist..haih..malam ni rehearsal ngn Butterfingers, esok ada show tv3, rakaman Remaja.khamis last day rehearse ngn Butter..Jumaat ni dah gerak pergi Taiping..Sabtu ni show kat Ipoh ngn Hujan juga Butterfingers, malam pulak gerak pergi Taiping, perform dengan Hujan juga Liyana Jasmay..pastu aku terus balik Alor Setar.Ahad aku balik KL balik.damn..aku dah nampak letih tu macam mana..next week Liyana Jasmay shoot video clip, Hujan pula nak sambung recording 4 lagu lagi..

Hmm petang ni aku ngn Ully nak kemaskan studio dah, sekarang kat whitestudio tengah renovate sikit lagi..so far fizikal floor office aku ni dah 89% siap..InsyaAllah next week semua dah ok..tu pun kalau kewangan aku ok..amin amin....

Ya cukup setakat ni, tulis lagi nanti...
Oh ya..doakan sahabat aku Dr Faiz Anuar selamat..
kawan aku baru balik dari US, kena H1N1+..yang kecoh kat paper 5 orang kena kuarantin tu..salah seorang tu dia..aduh..
end..