Saturday, March 9, 2013

Tarikh Atas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah January & February aku sangat produktif; film skoring,singles,albums & music arrangements. Tak sempat nak recap apa 2012 punya benda,ni dah nak hampir pertengahan Mac dah.Ingat nak share experience masa pi Cannes baru-baru ni untuk MIDEM2013 tapi dah takdak mood nak menulih sebenaqnya kat blog ni sbb sepanjang tak update tu macam hectic sgt yg meracun perangai malaih nak menaip(sebenaqnya masa tak berapa nak izin & takdak inspirasi.)
So ceritanya April-May ni aku akan sibuk bersama Hujan tour Malaysia & Asean,& dengaq khabaq tour kali ni lebih tight dan takda masa nak pi balik langsung.Aku macam risaukan tugas-tugas muzikal aku distudio dan mungkin aku akan berkarya secara mobile seperti aku pernah siapkan Imam Muda 3 last year.So upcoming releases yg akan dikongsi adalah album melayu Yuna yg sedang dalam progress,InsyaAllah bulan ni akan release 1st single berjudul LelakiDotDotDot & seterusnya aku dalam progress menyiapkan album pertama Impatient Sisters yang sekian lama tak ada rakaman rasmi mereka.&& beberapa music lain lagi sedang berada dalam progress.Lately sedikit sebanyak aku sedang meneroka kelainan sikit dari signatures asal karya aku utk lebih minimal dari sebelum ni,kira ni cam consider challenge la utk aku.Jauh beza kalau arrange muzik kecik jadi besaq dan besaq jadi lebih besaq.
Ok begitulah takat rajin aku just nak update secara minimal setakat ini,semoga diberikan inspirasi dan waktu terbaik utk aku teruih menaip lama.Sekian terima kasih! Jangan lupa ke Esplanade Concourse 7pm Selasa 12th Mac ni ya! free ja..aku session utk Impatient Sisters for Mosaic Festival 2013.Akhir sekali sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Al Fatehah untuk setiap sahabat muslimin muslimat yg telah pergi. ...