Wednesday, November 17, 2010
(tebas lalang) srett..srett..
Assalamualaikum wbt.
kembali setelah berkurun lama lalala (lagu Exists)..
ni adalah diantara video sebalik tabir Tribute P.Ramlee hari tu.
aku curi ni dari Youtube, XFM punya video ni.
OK straight to the point, hari tu aku janji nak story mory pasal lagu-lagu yang aku produced kan..ha aku nak ringkaskan saja boleh kan? suka hati la kan?
1. HUJAN - TUNGGU SEKEJAB.
jadi aku yang pilih lagu ni 1st sekali bila dah dapat peluang nak rearrange ni, sebab dulu masa aku study kat ASK, ada satu period ni..kami study lagu-lagu PRamlee untuk weekly performance, aku tak ingat la masa tu macam mana, tapi ramai cakap lagu ni best..aku teringat dan terbawak-bawak nak redo lagu ni tak pernah-pernah buat..sampai lah peluang ni! kenapa lagu Tunggu Sekejab? obviously aku rasa lagu ni la paling kena sekali untuk vocal Noh, dan muzik Hujan..lepas tu pula dalam lirik lagu ni pun ada sebut nama Hujan, make sense apaaa..kan?
2. AWANBAND - MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG.
mula-mula aku standby lagu ni untuk Yuna, dan aku nak buat untuk Awanband lagu Nak Dara Rindu.Tapi selepas Yuna ada keputusan sendiri untuk redo lagu apa, so aku confirmkan lagu ni untuk Awanband. Lagu ni best! best sangat! melody, progression dia sangat-sangat best, idea duet Awanband ngn Che Mat tu start dari mulut Ully, dia mention mcm "kalau la bapak aku nyanyi ni mesti best kan?". Aku pun apa lagi, mmg ya tak ya lah! lagipun asal lagu ni, mmg lagu duet, lagipun maksud lagu ni cerita tentang seorang bapa/ibu dan anaknya.Arrangement lagu ni agak luar dari norma Awanband biasa, aku buat lebih kompleks dari versi asal punya chords progression, ada banyak tujuan, diantaranya ni aku buat untuk band Awanband sendiri ada pengalaman untuk main chords fasa mcm ni dan belajar.Alhamdulillah kombinasi yang mantap. Personally masing-masing pun suka lagu ni dan aku happy untuk Awanband.
3. YUNA - GELORA JIWA.
Ni ada story dia, mula-mula masa Yuna inform dia nak lagu Gelora Jiwa, aku terus assumed lagu GELORA yang dalam Pendekar Bujang Lapok tu..imagine aku dah start study, figure nak ke mana semua. SEKALI Yuna post kat Facebook aku link. rupanya salah lagu la aku..Gelora Jiwa ni lagu filem Anjuran Nasib..tahun 50 something, haha! && ni lah lagu Arwah Tan Sri paling rare! paling lama dalam sejarah tribute PRamlee. OK direction aku buat untuk Yuna lagu ni tak susah,tricky mcm biasa tapi simple. Pada aku magic paling besar Yuna adalah suara dia sendiri. potential besar, bangganya aku dapat kerja ngn dia.
4. AZLAN TYPEWRITER - JERITAN BATINKU
Asalnya Azlan Typewriter dah tarik diri halfway sebab dia takdapat nak komitmen dengan band sebab sibuk dengan show, dan kerja.Maklumlah projek ni timeline tak panjang, deadline tak lama.Aku rasa rugi, sebab Lan antara vocalist yang juga potential besar dari cara dia tersendiri. Kami jumpa dekat JomHeboh Kuching, Alhamdulillah,lepas dia explain aku problem dia tak join, aku pun selamba badak offer diri nak buat. Lepas tu dia cakap dia nak JERITAN BATINKU, dalam otak aku dah "YEESS!! AKU DAH TAU NAK BUAT APA!!!". Aku tak cakap kat dia aku nak buat mcm mana sebaliknya aku convince dia as in aku akan buat sound macam Typewriter. TAPI tidak! bila dah start aku arrange Jeritan Batinku, aku dah fikir why not aku buat satu lagu metal kan? barulah ada colour compilation Indiepretasi ni. Then aku go for Metal! dah siap form lagu, aku panggil Lan datang buat guide vocals, ya Allah..buat guide ja dah gila babi! meremang aku! respect la hang Lan! Lan tegur aku music metal sgt ni, gila ni, dia nak tukar tu tukar ni..Aku "OK JA" tapi aku stick ngn apa aku nak buat sebab aku trust end up dia mesti best! && finally we did it Metal! fucking brutal!
THE RAMLEES - ITULAH SAYANG.
ni kerja last minit! (even yang lagu2 lain pun kerja last minit sebenaqnya).
plan ni selepas Bunkface & The Times tarik diri dalam projek ni, nak cukupkan quota, Adly boss XFM la yang bagi idea kat aku untuk buat collaboration punya lagu, Actually banyak lagu sebenarnya tapi masa sgt cemburu dan aku rasa cukuplah buat satu. Asalnya The Ramlees are Yuna,Liyana Fizi,Aizat & Noh, dan lagu sepatutnya aku nak buat is IBU.Tapi Adly ada bagi list beberapa lagu.Bila aku ulang-ulang dengar, suddenly aku rasa Itulah Sayang ni macam epic gila,pastu dia ada 4 parts vocals aku nak bahagi senang. Jadi ITULAH SAYANG lah then. Di hari recording Itulah Sayang part Noh, Noh cakap dia tak boleh nyanyi lagu tu, && aku pun rasa something jugak tak kena..Then Noh tarik diri, & Aizat ada beberapa masalah missed communication. Baik, tanpa ragu-ragu, aku dapat jawapan! why not semua perempuan, since muzik ngn melody dia mcm cute kan? so Mira accidentaly datang studio dipaksa nyanyi! hehe aku gamble ja jadi atau tak. && last sekali Najwa approach ngn XFM nak join. Alhamdulillah! completelah The Ramlees! best! arrangement lagu ni ada line Dondang Sayang last sekali. :) aku sengaja buat supaya muzik tradisional tak ditelan zaman.
So semua ni one shot aku story, maybe banyak benda aku tak recall.apapun semuanya dah selamat, dah siap.&& apa aku nak share kat sini, adalah experience aku dalam masa singkat untuk produce nama-nama besar 2010 dalam kancah scene muzik Malaysia sekarang. Aku kagum! tak payah la aku cerita lagi benda yg sama aku nak cakap sebab aku dah cakap 2 entries back pasal kekaguman aku!
so ni details mengenai latar belakang rakaman/production 5 buah lagu tadi.
All Songs rearranged by AG & CO, mixed & mastered by Huzai, recorded at Kamar Seni Studio!
Artist : Hujan
Song : Tunggu Sekejab ( OST Sarjan Hassan 1955 )
Recording Engineer : Ully, AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azham Ahmad
Acoustic Guitars : Ammar Habir
Guitars : AG
Piano : AG & Ammar Habir
Bass : AG
Backup Vocals : Faris Awanband
Vocals : Noh Hujan
Artist : Azlan Typewriter featuring AG Coco
Song : Jeritan Batinku ( OST Ibu Mertuaku 1962 )
Recording Engineer : AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Guitars : AG
Piano : AG & Ammar Habir
Bass : AG
Choir : Faris Awanband
Vocals : Azlan Typewriter
Artist : Yuna
Song : Gelora Jiwa ( OST Anjuran Nasib 1952 )
Recording Engineer : AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Acoustic Guitars : Ammar Habir
Guitars : AG
Piano : AG & Ammar Habir
Bass : Efry Arwis
Vocals : Yuna
Artist : Awanband
Song : Malam Bulan Dipagar Bintang ( Pendekar Bujang Lapok 1959 )
Recording Engineer : Ully ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Acoustic Guitars : AG
Guitars : AG & Ully Awanband
Piano : AG
Bass : Hasnur Awanband
Vocals : Faris Awanband & Che Mat
Artist : The Ramlees
Song : Itulah Sayang ( OST Anakku Sazali 1956 )
Recording Engineer : AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Acoustic Guitars : Ammar Habir
Guitars : AG & Ammar Habir
Piano : Azim Jenk Ali
Bass : Azim Jenk Ali
Brass Section : Fareed Aziz Tilu
Vocals : Amirah Tilu , Yuna , Najwa & Liyana Fizi
Subscribe to:
Posts (Atom)