Wednesday, October 20, 2010

Selamat Pagi.

Pagi ni sentap sikit, baca comments Youtube kat video performance lagu Yuna, Super Something yang aku produce. minah mana tah, dia cakap aku bodoh, aku tak patut main guitar dengan Yuna, sebab aku ni Sucks, pastu dia claim dia tau lagu tu semua Yuna buat, dia cakap aku market ja lebih, pastu dia cakap harap harap aku baca comments dia. HEHEHEHE.. Apa-apa je la dik oi, apa masalah hang dengan aku? aku pun taktau. mampos hang la nak cakap apa pun.Normal la kalau ada haters ni, kalau takdak, tak thrill la life kan?

ni comment dia;

eizzeera: yg i tahu la, dia just produce je lagu ni, from my experience, lagu yg ag coco bodoh tu buat hasil nye adalah, u pergi tgok band coco ape dah jadi hahahahahahaha. lagu ni totaly yuna yg buat, yuna urban tu, ag SUCKS, i hope he read this comment huahhahahaha.


What ever la hang urban ka, bapak hang urban ka, yang penting aku cari makan halal. && aku tau apa aku buat, dia jealous kot? anyway Yuna yang approach aku produce. Hang dapat apa? kesian. Sorry pagi ni angin sikit.. ada ka dia suruh pi tengok band Coco apa dah jadi..ha tengok la..Coco dah 3 album..hang jadi apa? :) renung-renungkan.

Friday, October 15, 2010

Mukadimah Tribute PRamlee.



Assalamualaikum.
halooo..adoih banyak kerja kat studio, Alhamdulillah.
sambil banyak kerja ni, kat luaq sana tu banyak hal la jadi, Apala. Penat la dol!
So sepertimana dilihat dengan mata kasaq, aku tinggai blog aku lama, well..busybodyy!
dipendekkan the long story mory. Progresses yang aku lalu adalah seperti rutin biasa, producing penyanyi, bands, lagu baru & lama. && Alhamdulillah sekali lagi, semuanya lancar sekali.

Tempoh hari,minggu lepas lepas ni..aku ditimpa ujian ujian dari Allah S.W.T pelbagai dugaan..tak payah la aku nak share kot, sebab menyentuh peribaditasi. So far aku hadapi semuanya dengan tabah dan redha, Syukur sebab aku sgt berterima kasih atas kurniaan sifat kesabaran yang sungguh baik sekali. Tapi ingat orang yang kuat bersabar ni jangan main-main..nanti!? nanti kena jual seluroh harta!! haha LAME.Tapi aku nak share la aku since balik Kuching Jom Heboh, since aku balik dari Raya, aku mmg melekat kat studio, Spiderman belum tentu melekat tahap aku melekat ni.. sebab apa? ya salah satu faktor kereta aku masuk workshop tukar enjin , pas siap kereta pastu belting semua putuih, gila babi.Tapi aku tak kisah pun, sbb passion aku kat kerja di studio dok membara gila! Apa aku buat??

yaa..Ceritanya..(intro pala bapak)..

Latest progress aku baru sahaja selesai dengan projek #tributepramlee , kalau hampa noticed hashtags tu kat Twitter. Search la tengok.. untuk projek ni studio aku jadi mcm the main HQ la kot? semua pelbagai bands gathered sini recording Allahyarham Tan Sri P Ramlee's songs. Bestla, experience ni..luar biasa tau. Ya serious luar biasa, ok jom kita renung sejenak 2010, ala takyah 2010..let say since internet culture develop ni, semua orang dapat reference senang kan? contoh, OK la aku nak buat band la..( takdak point/ rip off ) ok aku nak style mcm Circa Survive! jom buat? yeah! 4shared, Youtubes, Torrents, ha apa lagi? pastu jamming2 sampai muntah..OK faham tak angle aku ni? k abaikan..aku sengaja ja confusekan semua..

OK, jom kita patah balik 50's-60's.Allahyarham's Era..fuh! tau dak apa yg terlintas? "ORIGINAL". Bukanla aku cakap zaman sekarang ni semua tak original..bukan la macam tuuu..tapi hampa faham dak angle aku ni?? hak ela..tak faham takpa..k back to the story.. ya Original. Aku rasa semua bands yang involve project ni share the experience yang sama! of course! yaitu KAGUM.OK kita clearkan story ni direct kat point dia la k? so dalam projek ni, aku rearranged 5 songs. Lagu-lagu tu adalah Jeritan Batinku, Gelora Jiwa, Malam Bulan Dipagar Bintang, Tunggu Sekejab & Itulah Sayang. hooo mann!! aku taktau mcm mana nak explain generally punya sudut dalam progress transcribing chords, progression, arrangement muzik asal semua. YEAH! krezii wei! like every moment aku hit the notes, semuanya adalah "WOW!" why mcm ni? why mcm tu? woi mcm mana dia fikir nak buat mcm ni? mcm mana macam tu? *sigh
Imagine la kan? time tu takda pun Internet, apa tah lagi DVD la kan? fuh! tapi kenapa orang dulu dasyat, ada kisah dia..ni cerita sejarah muzik la..mcm cerita Parameswara apa semua tu..hampa google la baca.. but aku rasa most of ideas mcm banyak elemen Jazz lah kan? chords rabak, progression kurang ajaq. Arrangements lagi lah..tak sure sapa arranger betul-betul time tu? Ada sumber cakap arranger masa tu Filipino punya musician. ahhh idontknow, but still la kan? the songwriters he self la yang dasyat dalam story ni.

So jgn aku nak panjangkan cerita, tentang PRamlee, hampa boleh cari buku pasai dia, && hampa akan tahu sejarah latarbelakang muzik yang sangat magic melanda era tu. Apa yang aku nak share dengan hampa semua adalah! kisah pengalaman setiap lagu yang aku arrange untuk #tributepramlee ni. So tunggu for the next blog entry. I'll be write soon. Nak letak teaser sekali la..camana eh nak letak dalam blog ni? aku buta IT not bad la..hahah..takpa aku akan cari cara lah! Thanks kepada yang masih membaca blog tak style aku ni, aku bukan kaki updates sebenaqnya but im tryin beri hard u know? sleepehh!! zzzzzzz

Sekian, Wassalam.