Tuesday, September 24, 2013

Bangunkan Aku Apabila Luputnya September.

Mungkin akhir-akhir ini aku agak kurang aktif di beberapa medium laman sosial kerana tiba-tiba rasa macam malas nak menaip kat twitter dok buat kerja dok buat kerja..nanti orang boring dengan aku padan muka,so aku pun ambil tindakan MIA konon mengada-ngada! apapun aku tak pi mana pun, memang ada ja kat studio ni ha..

Jadi hari ni cam rajin nak update kat sini berkenaan progress kerja di studio,kerana terangan aku memang sedang sibuk menyiapkan produk muzik banyak saat ini.Mungkin kat sini aku boleh bagitau yang aku tengah work on singles;

- Fynn Jamal, Tri Hadzir, Emma Suhaimi, Syah Noah, Daiyan Trisha, Adira, Stacy, Ezzy, Tomok, Nik Nabil, Syura & RJ.

- albums; Tasha Manshahar & Syed Shamim, Nastia, Dish, The Impatient Sisters, Fauziah Gambus & Manifesto.

- filem skor Anak Jantan & OST Lagenda Budak Setan 3.

Jadi itulah yang membuatkan aku jadi makhluk gua buat sementara waktu ini, InsyaAllah sekitar October aku akan siapkan semua yang diatas kerana memberi laluan untuk program November & December nanti dimana aku akan terlibat menjadi pengarah muzik sebuah program realiti tv & persiapan mengarahkan muzik untuk showcase Hujan julung kalinya di Dewan Philharmonic Petronas.

Dan jika tiada aral melintang ada perancangan untuk merakamkan album Hujan yg terbaru dimana akan memuatkan lagu-lagu Hujan pada skala lainnya setelah dimana ramai asyik bertanyakan sebuah album jazz & akustik dari Hujan since dahulu.InsyaAllah kalau semua lancar,proses rakaman akan bermula pada bila sahaja masa mampu terluang saat ini.

Ok itu sahaja setakat ini untuk dikongsi buat semua dan aku ada beberapa produk muzik yang baru disiapkan sepenuhnya dan mungkin telah rilis di radio atau youtube pada saat ini diantaranya adalah Mungkin Kamu oleh Sissy Imann, Goodbye Goodbye oleh Azri AF9, Jauh Sudah oleh Azizi AF1, Masih Perlu oleh Tasha Manshahar, Suasana Aidil Fitri oleh Ila Damiaa, Ramalanku Benar Belaka 2013 oleh Zarul Umbrella, dan banyak lagi aku dah lupa! Selamat melayar laman sesawang sawang!

Sekian Terima Kasih semua.

AG

Monday, September 23, 2013

BENCI



Agama mana sekalipun sedia maklum mengajar bahawasanya sifat benci dan berdendam itu tidak baik dan petanda hati makin kotor,tapi ingat Allah Ta'ala Maha Pengampun,jadi kita hambaNya harus seperti sifat pengampun.



Tapi aku sedar,aku manusia biasa.
Hati aku biasa disakiti, terluka, sentap 
Aku takkan putus asa untuk berusaha menjadi orang yang pemaaf.
Aku takkan putus asa untuk berusaha menjadi orang yang pemaaf.
Juga ada batas-batas yang tidak boleh dilanggar orang lain kerana ada hati yang berusaha untuk kita lindungi yakni hati diri kita sendiri.



& sebabnya juga mendorong aku merasa benci & mungkin sehingga berdendam.
Tapi kadang kala kita berhadapan dengan kesalahan-kesalahan yang tidak biasa untuk dapat bertoleransi,


Dan terjadinya sesebuah situasi orang yang melakukan kesalahan itu,maka marahlah aku! Apatah lagi kalau terus ia masih diulangi lagi dan lagi.

Aku tahu, yang membenci dan mendendam itu akan meracuni diri sendiri, meracau, mengganggu jiwa dan fizik kita sehingga pemikiran menjadi gelap! badan jadi sakit! SAKIT JANTUNG contohnya!

Tapi sedarlah kita, ternyata sekali..kita,aku hanyalah manusia biasa.

Yang cuma akan aku terus lakukan adalah untuk terus menghindari si Pelaku, supaya tidaklah aku makin sakit hati & menyirat rasa dendam.Dan paling penting sekali mencegah aku melakukan tindakan yang melanggar hukum contohnya melibatkan hal syirik,hal jenayah dan sebagainya.Astaghfirullahal'azim Astaghfirullahal'azim Astaghfirullahal'azim.

InsyaAllah aku berusaha percaya bahawa waktu akan menyembuhkan luka, Allah Ta'ala itu Maha Penyayang, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua.Luka pasti sembuh, Sakit itu ada.Dan janganlah kerana dosa lalu Do'a menjadi penghalang kita.

Tapi kalau kita ingat kerugian yang ditimbulkan oleh kebencian dan dendam, kita harus terus berusaha untuk mengampuni. Mengampuni bukanlah bererti membenarkan perbuatannya, tapi ertinya kita sudah meletakkan persoalan itu di belakang kita, percaya bahwa Allah S.W.T Maha Adil, dan dengan kasih yang tidak masuk akal tapi bukan mustahil, kita doakan yang terbaik bagi orang itu. Apa yang terbaik bagi dia? Supaya dia bertaubat. Supaya dia berubah menjadi orang baik. Supaya dia tidak menyakiti orang lain lagi. Dan supaya dia mendatangkan kebaikan bagi banyak orang.
Mintalah pada Tuhan supaya diberi kemampuan untuk mengampuni, walaupun sudah disakiti.

Terima Kasih.

Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.

AG

tapi sementara itu, aku minta Tuhan yang membalas sakit hatiku...