Monday, September 22, 2014

the end of era

dalam hidup kita, sesiapa sahaja.
mereka baik dia
atau dia baik sesiapa pun.
akan datang
akan pergi.

pergi kerana panggilan,
juga takdir.

yang ada,peliharalah. 
yang tiada,terus berdoa yang baik baik.
aku minta jauh sesekali perasaan membenci
kerana kaya di dunia bukanlah abadi.


Monday, September 1, 2014

ego

alkisah ali dan ahmad berkawan baik suatu ketika.
kini mereka bukan lagi belangkas seperti saat itu.
mereka sudah mempunyai haluan masing-masing.
ali dan ahmad sibuk dengan agenda sendiri.
ahmad dan ali juga sudah tidak ada persefahaman sesama mereka.
satu negeri tahu kalau mereka bersatu,maka makmur negeri itu.
tapi ali dan ahmad kini hanya pada tajuk dan nama.
mereka dalam tidak sedar membunuh persahabatan dalam perang.
ali cakap dia dah give up, dia dah penat sangat-sangat.
ahmad pula tak pernah cakap malah ingin beralah.
ali dan ahmad punya ego tersendiri.
begitu tinggi.
semoga ali dan ahmad hanya berkawan baik sebaiknya.
bukan lagi bersama di dalam perang.

end.