Assalamualaikum.
lama gak la tak menulis kan? last time aku menaip panjang untuk projekbuku tapi taktau apa cerita pasal projek tu setakat ni. Jadi pagi ni aku macam biasa, tak tidoq lagi..kepala otak tengah blank sat sbb inspiration tak sampai-sampai nak siapkan satu lagu ni, jam dah 8am, aku ada calltime 12pm sat lagi pi Akar Karya.. ada script reading. WELL.. script reading? gila gak tu satu lagi perkara tiba-tiba aku baru dapat tau Hujan akan berlakon dalam satu series ni tajuk dia Projek Pop..10 Episod, cerita pasal band camtu camtu la..conflict and sebagainya. Sebenarnya aku takda prepare apapun langsung nak get into acting semua ni, at 1st cam bullshit laa brief proper, contract apa taknampak then tiba-tiba kena berlakon.. aku runsing sebab jadual aku packed sangat dengan aktiviti muzik aku..so aku tak nampak pun potential untuk aku coop dengan acting punya masa ni. :( but then since bandmates lain nampak macam semangat, aku kena la bertimbang rasa sama, but go with the flow lah kan.. Lagipun ni rezeki, bukan bala pun..untuk kebaikkan kewangan aku jugak..Maklum lah nak kumpul duit beli rumah, upgrade studio, & sebagainya.
So nanti aku akan update pasal Projek Pop ni apa benda/cerita nya semua.. Setakat pemahaman aku; series ni kisah macam mana keadaan bila band tu berada di saat kejatuhan. RASANYA LA..
Okay, selalunya entry awal/hujung tahun mesti macam nak cerita/recap achievement & perkara-perkara lepas yang takboleh dilupakan..nak kongsi la kan. Maybe tahun ni aku dah makin meningkat umur..Transisi tahun pada aku cuma number, aku dah takda nak terfikir pasal azam sebagainya..sebab, pada aku..nak berazam biarlah bkn kena tunggu tahun, sebenarnya berazam tu sepatutnya pada bila-bila masa sahaja masa kita terdetik nak target sesuatu goal dan sebagainya. So macam biasa, aku teruskan hari-hari aku berjalan seperti routine.
So, bulan ni, bulan depan, last year time ni aku berada dalam satu transisi kehidupan iaitu perubahan. Mengapa? sebab rasanya ni dah hampir 10 tahun aku berhadapan sepenuh masa sebagai musician..atau lebih tepat, karier. Selepas beberapa achievement aku kecapi, aku peroleh banyak peluang bermuzik sehingga aku sibuk gila. ALHAMDULILLAH.. dengan bakat & kekuatan yang ada ni adalah milik Allah S.W.T, kalau bukan dariNYA..sapa lah aku ni. Tak perlu kot aku explain lebih maksud 'perubahan' yang sebenarnya aku & orang tertentu sahaja yang faham. Yang penting pesanan aku untuk orang yang selalu depress dengan masalah relationship dalam hidup dia, better beringat kepada diri kita sendiri terdahulu..& biarlah kita bersedih kerana tertinggal dengan tanggungjawab & tuntutan kita, sebagai seorang masyarakat yang berkhidmat untuk masyarakat DAN juga sebagai seorang muslim, kerana dengan ini lebih membentuk sahsiah dan disiplin pada diri kita. InsyaAllah lebih afdal dijadikan pilihan. TAPI depends, sebab lain orang lain caranya. Cuma berpesan/beringat.
Alhamdulillah aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang sanggup bersama aku susah senang, baik depa semua ni mulut jahat, atau perangai tah apa-apa sekalipun, aku ada dengan depa ni, akan aku jaga/sayang depa macam keluarga aku sendiri InsyaAllah. Sebenarnya 97% hari aku semua adalah berada didalam studio, berkarya & berkhidmat. Aku mmg jarang keluar, selain shows,meetings,obviously berkaitan kerja & Futsal. Aku okay, & aku mengaku kadang-kadang aku sunyi juga sebenarnya tapi what's the point aku nak sedih sunyi segala bagai? major ZZZZ. But then, Alhamdulillah, kerja-kerja aku lah yg buat aku hidup..bukan mengejar harta pun, tapi selagi berdaya aku mmg nak teruskan hectic dengan kerja. Its time untuk aku buat apa saja aku nak sekarang, bukan perkara lagha lah kan, maksud aku untuk kebaikkan masa depan aku, keluarga aku. InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T hendakNYA.
Sebenaqnya aku melalut ja semua ni nak bagi mengantuk, takdak input output penting pun kot kan? Sorry membuang masa hangpa membaca, tapi terima kasih sebab sudi ada kat sini share apa aku rasa bagai. :) Jadi ingat..selalu berdo'a untuk jadi orang yang kuat/tabah daripada hidup senang. Sekian Ma'salamah.. Jaga diri semua. Wassalam.
Wednesday, January 11, 2012
Thursday, December 1, 2011
#ProjekBuku
Assalamualaikum, dah lama tak update blog ni macam biasalah, malaih & sibuk dengan kerja dalam studio, anyway aku baru siapkan educational write-up untuk Projek Buku. Apakah itu Projek Buku? boleh check kat sini http://documentist.wordpress.com/2011/11/03/currently-untitled/ nanti baca la. So aku salah seorang yang sebahagian contributors dalam tu.:) okay gtg,nak kena study lagu untuk session bulan ni, banyak plak performances akhir tahun ni. Rezeki nak pi Mekah kot next year, InsyaAllah. Do'akan ya?
Oh ya, lepas publish buku tu nanti aku paste semua writings tu dalam blog ikut chapter k? langsai hutang aku! HEHEHE. Sekian Wassalam.

Friday, October 28, 2011
Silent Treatment ; Form Of Torture
Assalamualaikum, How've you been? this morning i'm in Brit-boy mode; so let's share something out of my common musical story..It is more like life, behaviour..ahh blabla.. Silent Treatment!
Nothing positive comes from this type of behavior..I can say that I honestly don’t ever remember giving someone the silent treatment, & surely, not anyone that it would matter to anyway..I'm also don’t think that I have it in me to do that to someone, like seriously..so why you ask?
Because I’ve had it done to me, I know what it feels like and it totally bring me down..& I’m more the type of person that would like to blow up about something, probably say some things I don’t really mean, apologize for saying the things I don’t really mean and then move towards resolution. But hey…that’s just me.
For those who have been treated to the silent treatment should..kind as sense of loss, of not belonging, of lower self-esteem and a feeling of unworthiness. All of these feelings are obviously the result of someone just not acknowledging them or ignoring them. I find that would be interesting though..
What makes more sense…blowing up about something, cooling off a little and then talking about how to resolve it OR not blowing up about something, staying completely pissed and not doing anything to help resolve the situation? nahhhhhhhh...think about it. GTG. Ma'salamah ya antum.. Wassalam.

Saturday, October 8, 2011
Aryani Resort Terengganu.
Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi.
Tak recall dah balik perkara-perkara dah buat, since Syawal, lepas Syawal tempoh hari mmg hectic dengan kerja gila babs. Alhamdulillah since macam-macam benda nak buat ni aku rasa happy berkarya. Latest; aku buat lagu tema untuk Vokal Bukan Sekadar Rupa. Program Realiti TV3..at 1st Gbam offer buat lagu, aku tak decide lagi siapa nyanyi,,& lagu pun spontan..aku buat simiple habis but yet aku cari hook yg efektif la kan, kata nak commercial. So siaplah lagu bertajuk Aksi Suara. Faris buatkan lirik utk lagu tu..melodi & lirik stgh jam ja kitaorg sama-sama setelkan! Nanti aku share lagu tu kat hangpa. Oh ya, Black yg nyanyi lagu tu..lepas Black, maka lengkap dah mission aku produce 3 vocalist fav aku yaitu Hazama, Azlan & Black. :) aku ada plan lepas ni nak produce trio ni satu lagu, InsyaAllah! dalam progress menulis.
Baru ni aku ada involve dengan production 13 episod program muzik untuk TVi, aku jadi music director untuk program tu backup 26 artis.Dugaan gila gila bekerja dengan production ni, aku 1st time buat dengan diaorg ni, aku tak kenal..sistem lain, mentaliti lain, segala galanya lah. TERUK. kami kena berhadapan situasi kena main 1 lagu sampai 5 takes! perfect tau! fikir kuderat musicians ngn penyanyi nak bagi all out dekat 5 takes, teruk kan? pada aku la kan, the best take hanya lah one shot or 1st take perform, tu mood yg sebenarnya..aku find out diaorg buat bnyk takes sebab teknikal problem dan nak cover shot..ada jugak sebab salah switch kat MCP blablabla..WELL! kenapa kalau jadi apa-apa tak stop ja halfway and make it satu shot puas hati terus..kenapa hold kami semua main sampai habis lagu baru nak cakap "ONE MORE". GILA WEI..shooting 4 hari patutnya 1st day tu dah belajar dgn segala troubleshooting, shots, sound semua..TAPI? sampai hari ke4 benda yang sama.. Aku dah sanggup menghadap artis yg last minit tak jadi, yg last minit tukar lagu..aku okay dengan semua tu, cuma cara sistem production ni handle kejam gila..kesian dekat penyanyi semua kena nynyi berulang-ulang..Astaghafirullahal'azim..hari ke4 mmg semua musicians aku hilang sabaq sampai tahap nak endupkan cepat shoot pastu nak jumpa producer marah-marah.. but in the end kami backup Lah Ahmad. perform lagu kerohanian, zikrullah, selawat, segalanya lalu dengan tenang sekali..semua perasaan marah terus hilang. FUH! lepas tu wrap..semua kemas-kemas terus chow..takda jumpa pun producer..sbb dah happy program tu habis..OK malas nak kisah panjang-panjang, yg lepas tu LEPAS.
So aku tak larat nak recall apa benda lagi; but anyway masa aku taip blog ni aku kat Aryani Resort, Terengganu. Semua tengah tidoq lagi..konon semangat nak cari nasi dagang! poorah..semalam kami perform kat sini untuk Mizan Cup. Happening!! crowd riot sampai runtuh barricade..RELA tak boleh nak buat apa-apa..sebelum tu siang tengah hari kami perform kat Rockaway Festival..pun happening which is okay la main 1st opening but orang ramai datang..usually takdak orang kot nak support datang tengah-tengah hari kan? Alhamdulillah..so terima kasih yang datang awal tu support! tak rugi kann..at least dapat share lagu-lagu baru Hujan. :)
OK tak larat taip dah, sakit tengkuk panggong kat laptop ni.. akan diupdate lagi aktiviti muzik yg interesting utk dikongsi InsyaAllah..byebye!

Sunday, September 4, 2011
Salam Syawal ya antum Semua. Alhamdulillah.
Assalamualaikum wbt;
First sekali, aku nak ucap selamat hari kemenangan, menyambut Syawal selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, semoga a'malan sunat & wajib kita diterima baik hendakNYA, InsyaAllah..kepada yang dah berhijrah, Alhamdulillah..kepada yang masih mencuba, teruskan usaha itu..baiklah; baiklah; baikkklah!
1. Sekembalinya aku menulis blog ni sebab aku memang nak tulis pon.lalala..dah nama pun laman sesawang kan, biaqlah dia bersawang dulu..ni aku nak sapu bagi kat hampa..anyway, sepanjang ketiadaan updates saban waktu, aku adalah berfokus dengan tugasan yang menjadi tanggungjawab aku sebagai produser muzik di studio, selepas July lepas..agak pelbagai aktiviti muzik telah berlalu begitu hebat, kalau nak recall untuk dikongsi kat sini..jenuh kepoi semua nak ingat! Mari guna teknik kupas;
2. AG & CO;
pada July lepas, AG & CO dipanggil media prima untuk menjayakan satu program muzik berjudul Ekspresi Dato.MNasir & Jamal Abdillah.Alhamdulillah, masuk ni dah 3rd times aku diberi peluang bekerja bersama Dato M.Nasir! maksudnya beliau punyai kepercayaan kepada aku dan pemuzik seangkatanku & teruja bila Jamal Abdillah juga turut serta! Jamal! Raja Pop Malaysia..Dato pula antara Ikon besar pengkarya muzik di tanah kita..OK bangga! Sepanjang rekaman dibuat kami juga mengiringi penyanyi oldtimer Fransisca Peter, Ogy Ahmad Daud & the Phenomenon MAWI. akhir cerita; semuanya lancar dan selamat ditonton di TV9 pada hari raya 2,3. Oh ya..satu lagi experience best bila busking dengan Dato M.Nasir & Jamal di luar legar Pudu Raya! fun! (aku nak taip Fuh! tapi keluaq Fun. PUN BOLEH.)
Ekoran selepas Program ni habis, AG & Co dipanggil produksi lain untuk program muzik seterusnya yang akan dishooting awal October.Kali ni untuk 13 episod punya program.Nama dia i-Popular...ada 26 Penyanyi akan diiringi kami..InsyaAllah akan buat yg terbaik..Amin..
3. KAMAR SENI.
Studio; Sibuk..rakaman singles, albums, EPS, musical drama hinggalah ke rakaman dub suara filem.
(takpayah nak cerita banyak-banyak, benda routine kat studio dah termaktub "katakan YA untuk KERJA".)
diantara pemuzik & drama musical yang record kat studio tempoh hari ada Tengku Adil, Hazama, Dichi Michi, Asmidar, Monalyssa, White Percussion Unit, Pompa Bensin, Stroberi & Cokelat, & Kuliah.
4. YUNA
Selepas produce MEMO untuk program Yuna Inspired lepas; dalam July August ni aku produce 3 buah lagu baru dengan Yuna, lagu best! yang latest ni sebuah lagu untuk commercial syarikat telekomunikasi, sebuah utk commercial syarikat Camera global, & sebuah soundtrack untuk filem. TUNGGUU!!!
5. HUJAN;
Macam selalu, ROCKING! sedang giat menulis material baru, & dah start recording dah.. kepada yang dah follow Hujan selama ni, album yang akan datang ni adalah muzik yg berubah mendadak, ya..banyak rencangan utk album ke 4 bakal release insyaAllah hujung tahun atau awal tahun depan ni..ada DVD insyaAllah.
6. ASTRO MY MUSIC INDIEPRETASI.
Tatkala sibuk dengan studio, produce lagu & sebagainya..ini diantara projek MAJOR yang aku paling busy buat, kerana ia adalah projek muzik khas untuk hari Malaysia & Kemerdekaan 54 kita dimana aku produce/rearrange balik lagu patriotik Malaysia yang lama dengan diberi nafas baru..( tidak jauh beza dengan projek P.Ramlee Indiepretasi last year). Alhamdulillah semuanya dalam progress yang baik. Berikut senarai penyanyi & lagu yang aku dah produce untuk program ni; Bahtera Merdeka (Ahmad Jais) - Azlan Typewriter , Balada Pemuzik Jalanan (Search) - Hazama, Made In Malaysia (Roots&Boots) - Hafiz AF, Malaysia Baru(Ahmad Daud) - Sharmini, Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats) - Aizat Amdan, Standing In The Eyes Of The World (Ella) - Najwa Mahiaddin, Inspirasi Taming Sari (Wings) - Drama, Balik Kampung (Sudirman) - The Kebayas (SukiLow,Sharmini & Adira) & Saya Anak Malaysia (DR.Sam) - various artist. ( Aizat,Najwa,Hazama,Azlan,Fina,Hafiz,Adira,Altimet,) lagu ni maybe ramai dah tahu sebab dah keluar videoclip kat Astro.Semasa aku tulis ni segalanya masih dalam progress final..harap-harap sempat siap cepat sebelum Hari Malaysia. check it out www.astromymusic.com.my
begitulah setakat recall yang dapat kongsi masa ni, oh ya..tak lupa masa bulan July tu aku ke Singapore perform showcase Jayesslee & Zahidah kat TAB selama 2 hari, show sold out beb! nanti aku upload video jumpa depa..pastu kelmarin dah siap mastering album Diandra Arjunaidi, hari Rabu ni nak hantar printing!! & sekarang aku tgh start sibuk praktis untuk showcase Yuna di Dewan Philharmonic Petronas KLCC 12th ngn 13th September ni. kemudian praktis/recording untuk Hujan sekitar 14th-17th September, dan praktis AG & CO pulak 18th-25th untuk program muzik October yang 13 episod tu. 26th-30th ada show luar Kuala Lumpur dengan Hujan, kalau tak silap kat UUM pastu kat Terengganu. OKAY ITS MEAN I AM ALREADY FULL SCHEDULED IN THIS MONTH.
anyway wish me luck..I love my job.
AG
Wassalam.

Thursday, July 7, 2011
27th at 7th 7.
Happy 27th Bornday for Me.
tidoq lewat sebab pagi semalam recording sampai Subuh.
lepas tu reply wishes kat Facebook & Twitter, aku reply semua wishes..
1st time buat mcm tu.tidoq kul9am,bangun jam 12pm.kejab ja tidoq..
lepas Zohor, buat kerja deadline jam3 kena hantar.Lepas tu nak pergi lunch
asalnya ramai-ramai..turn up jadi aku ubah plan, sbb ada meeting mengejut.
meeting yang takdak jalan penyelesaian lagi keputusannya.:( hilang selera makan.
tapi jam5+ tu aku dah start lapar sangat, so paksa makan..
Makan nasi ngn lauk..makan sorang-sorang depan tv sampai lahap tercekik..
lepas tercekik tu sebak gila....hmm..lepas makan mundar mandir..call mama bgtau esok nak pi SG,
lepas tu buat kerja studio,buat arrangement medley Bunkface Hujan untuk GIGtv9 Ahad ni, Study lagu, praktis guitar,
pastu..mundar mandir lagi..aku lost dalam studio sendiri..apa nak buat lepas ni lepas tu..
lepas 12tgh malam..ok tu saja..sampai skrg..masih tunggu benda yang tak pasti..
lagi 4,5 jam nak bertolak ke Singapore..tak prepare apa langsung..goodluck AG..
OK Selamat Malam.. :(
AG
Tuesday, May 10, 2011
MEMO - Yuna
I'm just want to share with all of you! MEMO -Yuna. It's a 4 days production! sapp!! :)
Produced by AG Coco & Yuna.
Music Arrangement & All instruments recorded by AG Coco except drums by Azim Jenk Ali.
Mix/Mastered by Huzai.
Engineered by Ully.
Recorded/Mixed/Mastered at Kamar Seni Recording Studio.
Subscribe to:
Posts (Atom)