Saturday, January 22, 2011

2011




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama tak blog, tak reti la blog blog ni, hari tu ingat nak buat imbasan 2010, tapi banyaknya benda nak ingat..
tapi aku try sehighlight mungkin yang mampu;

1. Blackberry - mula beralih kepada smartphone untuk tujuan sosial kerja.
2. UK & Eire TOUR - sekali lagi ke Inggeris bersama Hujan.
3. Melbourne - show kat Melbourne dengan Hujan.
4. Debut AG&Co & The Ramlees.
5. Paramore Live KL - aku rasa, banyak benda baru gak pasal production concert aku study tengok depa ni.
6. Tribute to PRAMLEE "Indiepretasi" - projek gila! 2 minggu punya kerja.
7. Godin Guitars - beranak pinak; aku dah ada 6 buah guitar Godin.
8. Pedaltrain - Menghasut ramai guitarist pakai Pedaltrain, && GuitarStore untuk bawak masuk ke Malaysia.
9. Showcase Esplanade - Concert solo Hujan kat Singapore.
10. Kamar Seni - produksi & networkin berkembang pesat, Alhamdulillah.
11. COCO - 3rd album released. (sila cari di Speedy, titled HEY YOU).
12. Hujan - 3rd album released.

cukuplah nak ingat 12 benda sebab 12 mewakili 12 bulan. Jadi aku dah cover setahun punya benda, walaupun banyak lagi benda nak share tapi aku takleh recall/recap. && anyway biar apa achievement , experience dan dugaan yang aku dapat/ngadap..aku kena ingat, jangan lupa asal usul.. jangan lupa a'mal ibadat, & semua orang tersayang terutamanya ibu & bapa. ok 2011 baru sahaja bermula. Mari menuju kejayaan. Bismillahirrahmanirrahim.

Wednesday, November 17, 2010



(tebas lalang) srett..srett..

Assalamualaikum wbt.
kembali setelah berkurun lama lalala (lagu Exists)..
ni adalah diantara video sebalik tabir Tribute P.Ramlee hari tu.
aku curi ni dari Youtube, XFM punya video ni.
OK straight to the point, hari tu aku janji nak story mory pasal lagu-lagu yang aku produced kan..ha aku nak ringkaskan saja boleh kan? suka hati la kan?

1. HUJAN - TUNGGU SEKEJAB.
jadi aku yang pilih lagu ni 1st sekali bila dah dapat peluang nak rearrange ni, sebab dulu masa aku study kat ASK, ada satu period ni..kami study lagu-lagu PRamlee untuk weekly performance, aku tak ingat la masa tu macam mana, tapi ramai cakap lagu ni best..aku teringat dan terbawak-bawak nak redo lagu ni tak pernah-pernah buat..sampai lah peluang ni! kenapa lagu Tunggu Sekejab? obviously aku rasa lagu ni la paling kena sekali untuk vocal Noh, dan muzik Hujan..lepas tu pula dalam lirik lagu ni pun ada sebut nama Hujan, make sense apaaa..kan?

2. AWANBAND - MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG.
mula-mula aku standby lagu ni untuk Yuna, dan aku nak buat untuk Awanband lagu Nak Dara Rindu.Tapi selepas Yuna ada keputusan sendiri untuk redo lagu apa, so aku confirmkan lagu ni untuk Awanband. Lagu ni best! best sangat! melody, progression dia sangat-sangat best, idea duet Awanband ngn Che Mat tu start dari mulut Ully, dia mention mcm "kalau la bapak aku nyanyi ni mesti best kan?". Aku pun apa lagi, mmg ya tak ya lah! lagipun asal lagu ni, mmg lagu duet, lagipun maksud lagu ni cerita tentang seorang bapa/ibu dan anaknya.Arrangement lagu ni agak luar dari norma Awanband biasa, aku buat lebih kompleks dari versi asal punya chords progression, ada banyak tujuan, diantaranya ni aku buat untuk band Awanband sendiri ada pengalaman untuk main chords fasa mcm ni dan belajar.Alhamdulillah kombinasi yang mantap. Personally masing-masing pun suka lagu ni dan aku happy untuk Awanband.

3. YUNA - GELORA JIWA.

Ni ada story dia, mula-mula masa Yuna inform dia nak lagu Gelora Jiwa, aku terus assumed lagu GELORA yang dalam Pendekar Bujang Lapok tu..imagine aku dah start study, figure nak ke mana semua. SEKALI Yuna post kat Facebook aku link. rupanya salah lagu la aku..Gelora Jiwa ni lagu filem Anjuran Nasib..tahun 50 something, haha! && ni lah lagu Arwah Tan Sri paling rare! paling lama dalam sejarah tribute PRamlee. OK direction aku buat untuk Yuna lagu ni tak susah,tricky mcm biasa tapi simple. Pada aku magic paling besar Yuna adalah suara dia sendiri. potential besar, bangganya aku dapat kerja ngn dia.

4. AZLAN TYPEWRITER - JERITAN BATINKU
Asalnya Azlan Typewriter dah tarik diri halfway sebab dia takdapat nak komitmen dengan band sebab sibuk dengan show, dan kerja.Maklumlah projek ni timeline tak panjang, deadline tak lama.Aku rasa rugi, sebab Lan antara vocalist yang juga potential besar dari cara dia tersendiri. Kami jumpa dekat JomHeboh Kuching, Alhamdulillah,lepas dia explain aku problem dia tak join, aku pun selamba badak offer diri nak buat. Lepas tu dia cakap dia nak JERITAN BATINKU, dalam otak aku dah "YEESS!! AKU DAH TAU NAK BUAT APA!!!". Aku tak cakap kat dia aku nak buat mcm mana sebaliknya aku convince dia as in aku akan buat sound macam Typewriter. TAPI tidak! bila dah start aku arrange Jeritan Batinku, aku dah fikir why not aku buat satu lagu metal kan? barulah ada colour compilation Indiepretasi ni. Then aku go for Metal! dah siap form lagu, aku panggil Lan datang buat guide vocals, ya Allah..buat guide ja dah gila babi! meremang aku! respect la hang Lan! Lan tegur aku music metal sgt ni, gila ni, dia nak tukar tu tukar ni..Aku "OK JA" tapi aku stick ngn apa aku nak buat sebab aku trust end up dia mesti best! && finally we did it Metal! fucking brutal!

THE RAMLEES - ITULAH SAYANG.

ni kerja last minit! (even yang lagu2 lain pun kerja last minit sebenaqnya).
plan ni selepas Bunkface & The Times tarik diri dalam projek ni, nak cukupkan quota, Adly boss XFM la yang bagi idea kat aku untuk buat collaboration punya lagu, Actually banyak lagu sebenarnya tapi masa sgt cemburu dan aku rasa cukuplah buat satu. Asalnya The Ramlees are Yuna,Liyana Fizi,Aizat & Noh, dan lagu sepatutnya aku nak buat is IBU.Tapi Adly ada bagi list beberapa lagu.Bila aku ulang-ulang dengar, suddenly aku rasa Itulah Sayang ni macam epic gila,pastu dia ada 4 parts vocals aku nak bahagi senang. Jadi ITULAH SAYANG lah then. Di hari recording Itulah Sayang part Noh, Noh cakap dia tak boleh nyanyi lagu tu, && aku pun rasa something jugak tak kena..Then Noh tarik diri, & Aizat ada beberapa masalah missed communication. Baik, tanpa ragu-ragu, aku dapat jawapan! why not semua perempuan, since muzik ngn melody dia mcm cute kan? so Mira accidentaly datang studio dipaksa nyanyi! hehe aku gamble ja jadi atau tak. && last sekali Najwa approach ngn XFM nak join. Alhamdulillah! completelah The Ramlees! best! arrangement lagu ni ada line Dondang Sayang last sekali. :) aku sengaja buat supaya muzik tradisional tak ditelan zaman.

So semua ni one shot aku story, maybe banyak benda aku tak recall.apapun semuanya dah selamat, dah siap.&& apa aku nak share kat sini, adalah experience aku dalam masa singkat untuk produce nama-nama besar 2010 dalam kancah scene muzik Malaysia sekarang. Aku kagum! tak payah la aku cerita lagi benda yg sama aku nak cakap sebab aku dah cakap 2 entries back pasal kekaguman aku!

so ni details mengenai latar belakang rakaman/production 5 buah lagu tadi.
All Songs rearranged by AG & CO, mixed & mastered by Huzai, recorded at Kamar Seni Studio!

Artist : Hujan
Song : Tunggu Sekejab ( OST Sarjan Hassan 1955 )
Recording Engineer : Ully, AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azham Ahmad
Acoustic Guitars : Ammar Habir
Guitars : AG
Piano : AG & Ammar Habir
Bass : AG
Backup Vocals : Faris Awanband
Vocals : Noh Hujan

Artist : Azlan Typewriter featuring AG Coco
Song : Jeritan Batinku ( OST Ibu Mertuaku 1962 )
Recording Engineer : AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Guitars : AG
Piano : AG & Ammar Habir
Bass : AG
Choir : Faris Awanband
Vocals : Azlan Typewriter

Artist : Yuna
Song : Gelora Jiwa ( OST Anjuran Nasib 1952 )
Recording Engineer : AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Acoustic Guitars : Ammar Habir
Guitars : AG
Piano : AG & Ammar Habir
Bass : Efry Arwis
Vocals : Yuna

Artist : Awanband
Song : Malam Bulan Dipagar Bintang ( Pendekar Bujang Lapok 1959 )
Recording Engineer : Ully ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Acoustic Guitars : AG
Guitars : AG & Ully Awanband
Piano : AG
Bass : Hasnur Awanband
Vocals : Faris Awanband & Che Mat

Artist : The Ramlees
Song : Itulah Sayang ( OST Anakku Sazali 1956 )
Recording Engineer : AG & Ceri. ( Kamar Seni Studio )
Drums : Azim Jenk Ali
Acoustic Guitars : Ammar Habir
Guitars : AG & Ammar Habir
Piano : Azim Jenk Ali
Bass : Azim Jenk Ali
Brass Section : Fareed Aziz Tilu
Vocals : Amirah Tilu , Yuna , Najwa & Liyana Fizi

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Pagi.

Pagi ni sentap sikit, baca comments Youtube kat video performance lagu Yuna, Super Something yang aku produce. minah mana tah, dia cakap aku bodoh, aku tak patut main guitar dengan Yuna, sebab aku ni Sucks, pastu dia claim dia tau lagu tu semua Yuna buat, dia cakap aku market ja lebih, pastu dia cakap harap harap aku baca comments dia. HEHEHEHE.. Apa-apa je la dik oi, apa masalah hang dengan aku? aku pun taktau. mampos hang la nak cakap apa pun.Normal la kalau ada haters ni, kalau takdak, tak thrill la life kan?

ni comment dia;

eizzeera: yg i tahu la, dia just produce je lagu ni, from my experience, lagu yg ag coco bodoh tu buat hasil nye adalah, u pergi tgok band coco ape dah jadi hahahahahahaha. lagu ni totaly yuna yg buat, yuna urban tu, ag SUCKS, i hope he read this comment huahhahahaha.


What ever la hang urban ka, bapak hang urban ka, yang penting aku cari makan halal. && aku tau apa aku buat, dia jealous kot? anyway Yuna yang approach aku produce. Hang dapat apa? kesian. Sorry pagi ni angin sikit.. ada ka dia suruh pi tengok band Coco apa dah jadi..ha tengok la..Coco dah 3 album..hang jadi apa? :) renung-renungkan.

Friday, October 15, 2010

Mukadimah Tribute PRamlee.



Assalamualaikum.
halooo..adoih banyak kerja kat studio, Alhamdulillah.
sambil banyak kerja ni, kat luaq sana tu banyak hal la jadi, Apala. Penat la dol!
So sepertimana dilihat dengan mata kasaq, aku tinggai blog aku lama, well..busybodyy!
dipendekkan the long story mory. Progresses yang aku lalu adalah seperti rutin biasa, producing penyanyi, bands, lagu baru & lama. && Alhamdulillah sekali lagi, semuanya lancar sekali.

Tempoh hari,minggu lepas lepas ni..aku ditimpa ujian ujian dari Allah S.W.T pelbagai dugaan..tak payah la aku nak share kot, sebab menyentuh peribaditasi. So far aku hadapi semuanya dengan tabah dan redha, Syukur sebab aku sgt berterima kasih atas kurniaan sifat kesabaran yang sungguh baik sekali. Tapi ingat orang yang kuat bersabar ni jangan main-main..nanti!? nanti kena jual seluroh harta!! haha LAME.Tapi aku nak share la aku since balik Kuching Jom Heboh, since aku balik dari Raya, aku mmg melekat kat studio, Spiderman belum tentu melekat tahap aku melekat ni.. sebab apa? ya salah satu faktor kereta aku masuk workshop tukar enjin , pas siap kereta pastu belting semua putuih, gila babi.Tapi aku tak kisah pun, sbb passion aku kat kerja di studio dok membara gila! Apa aku buat??

yaa..Ceritanya..(intro pala bapak)..

Latest progress aku baru sahaja selesai dengan projek #tributepramlee , kalau hampa noticed hashtags tu kat Twitter. Search la tengok.. untuk projek ni studio aku jadi mcm the main HQ la kot? semua pelbagai bands gathered sini recording Allahyarham Tan Sri P Ramlee's songs. Bestla, experience ni..luar biasa tau. Ya serious luar biasa, ok jom kita renung sejenak 2010, ala takyah 2010..let say since internet culture develop ni, semua orang dapat reference senang kan? contoh, OK la aku nak buat band la..( takdak point/ rip off ) ok aku nak style mcm Circa Survive! jom buat? yeah! 4shared, Youtubes, Torrents, ha apa lagi? pastu jamming2 sampai muntah..OK faham tak angle aku ni? k abaikan..aku sengaja ja confusekan semua..

OK, jom kita patah balik 50's-60's.Allahyarham's Era..fuh! tau dak apa yg terlintas? "ORIGINAL". Bukanla aku cakap zaman sekarang ni semua tak original..bukan la macam tuuu..tapi hampa faham dak angle aku ni?? hak ela..tak faham takpa..k back to the story.. ya Original. Aku rasa semua bands yang involve project ni share the experience yang sama! of course! yaitu KAGUM.OK kita clearkan story ni direct kat point dia la k? so dalam projek ni, aku rearranged 5 songs. Lagu-lagu tu adalah Jeritan Batinku, Gelora Jiwa, Malam Bulan Dipagar Bintang, Tunggu Sekejab & Itulah Sayang. hooo mann!! aku taktau mcm mana nak explain generally punya sudut dalam progress transcribing chords, progression, arrangement muzik asal semua. YEAH! krezii wei! like every moment aku hit the notes, semuanya adalah "WOW!" why mcm ni? why mcm tu? woi mcm mana dia fikir nak buat mcm ni? mcm mana macam tu? *sigh
Imagine la kan? time tu takda pun Internet, apa tah lagi DVD la kan? fuh! tapi kenapa orang dulu dasyat, ada kisah dia..ni cerita sejarah muzik la..mcm cerita Parameswara apa semua tu..hampa google la baca.. but aku rasa most of ideas mcm banyak elemen Jazz lah kan? chords rabak, progression kurang ajaq. Arrangements lagi lah..tak sure sapa arranger betul-betul time tu? Ada sumber cakap arranger masa tu Filipino punya musician. ahhh idontknow, but still la kan? the songwriters he self la yang dasyat dalam story ni.

So jgn aku nak panjangkan cerita, tentang PRamlee, hampa boleh cari buku pasai dia, && hampa akan tahu sejarah latarbelakang muzik yang sangat magic melanda era tu. Apa yang aku nak share dengan hampa semua adalah! kisah pengalaman setiap lagu yang aku arrange untuk #tributepramlee ni. So tunggu for the next blog entry. I'll be write soon. Nak letak teaser sekali la..camana eh nak letak dalam blog ni? aku buta IT not bad la..hahah..takpa aku akan cari cara lah! Thanks kepada yang masih membaca blog tak style aku ni, aku bukan kaki updates sebenaqnya but im tryin beri hard u know? sleepehh!! zzzzzzz

Sekian, Wassalam.

Thursday, September 9, 2010

To Fellow Musicians.

Sebelum terlupa la kan? just macam ada idea,kalau ada any followers blog ni yang ada lagu,band apa2 yang sewaktu dengannya.Aku nak buat review ok tak? just email lagu kat aku kat email kamarseni@gmail.com. Any genre, tak kisah. :) atleast ada la benda boleh aku luangkan untuk blog yang sikit lagi nak tumbuh lalang ni.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah nyawa masih dikandung badan.
dah lama tak update blog ni, InsyaAllah soon.
kepada semua yang baca, have fun di hari raya ni.
Wabillahi Taufik Walhidayah,
Jangan isap pit, jangan buat jenayah.

Ampun Maaf Zahir Dan Batin.

AG

Saturday, April 10, 2010

Hi Hat Sedap!

HELLO!
Hari ni bangun-bangun mandi, pastu keluar pergi Chapel St. Tengok guitars, mahainya, tengok amps..mahainya..tengok ja lah. Tapi tadi nyaris-nyaris nak beli Hi Hats..aku lupa dah nama brand tu..tapi mmg sedap gila laa. Sayang seribu kali sayang..duit aku sayang gila, so aku takmau beli la kot..taktau la kalau esok lusa ubah fikiran..lepas tu jalan merata-rata sampai lost mana nak pi semua.Pastu cari kedai nak makan, jalan sampai ujung dunia pastu patah balik makan KFC. Pastu kat KFC aku order Ultimate Burger set ni, pastu dia tanya " EAT HERE OR TAKE AWAY "..tapi bunyi accents dia macam " ITEAAA OR TAKE AWAY? " aku dah lost apa nak jawab untuk ITEAA. Dengan spontan aku cakap "MAKAN SINI!"..semua gelak kat aku..haree...

Pastu balik Malaysian Hall tidur..
Pastu bangun main pingpong ngn Noh..
Pastu duduk..
Pastu Kak Ili sampai...
Pastu makan....
Pastu aku nak stop blog ni..
Sbb aku nak MAKAN.
bye.