Friday, December 2, 2016

7

lagi seminggu,

betui la orang kata lagi dekat nak kawin lagi gila.

kepada yang belum kawin tu jangan gila lambat sangat.

kepada yang dah kahwin tu tahniah kerana anda gila.

Thursday, November 24, 2016

15

assalamualaikum,

bakal berakhir sebuah fasa seorang aku yang kian tercorak hitam putihnya menjadi pelangi, 
aku yang dulu anti komitmen, anti weddings, & sewaktu dengannya.
tipulah kalau aku tak rindu aku yang saban tahun keluar travel luar negara seorang diri, 
tipulah kalau aku tak rindu semua moment aku berlari dari zon selesa aku,
tapi sampai bila kan?

 “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

percaya.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

selamat tinggal tahun tahun ujian, & doakan ujian tahun tahun mendatang menjadi pengalaman paling berharga seumur hidup. terima kasih allah s.w.t untuk zuliana binti mohd eusoff.

#agzuefinally

Friday, December 25, 2015

the end is near.

i'll be back writing. for more.

Wednesday, April 1, 2015

Tolong Jangan Nyanyi Lagi.

baik buruk seseorang itu bukan hak kita untuk menghukum, semua rezeki & ujian adalah pemberian anugerah dari Allah S.W.T kepada kita, jadi walau berpihak dimana sekalipun kita, ianya semua dariNya. 

selantang suara protes yang datang, jadi selantang bukti jugalah jawapan yang pergi.

Friday, January 2, 2015

2015.

Assalamualaikum.

selamat tahun baru semua! azam apa? aku macam biasa berpegang kepada daily resolution bukan tunggu cukup tahun nak pikiaq jadi apa,sebab setiap pagi aku bangun aku perlu pikiaq apa benda aku nak letak atas meja aku tengah hari dan petang kena siap untuk meja malam aku bersedia.
so since my last entry mengupdate karya adalah masa bulan puasa so agak jenuh nak recall karya selepas itu jadi untuk kebaikan masa depan aku tetap harus kemas kini di ruangan ini antaranya adalah;

Album Launch Tomok, Aril & Faizul.
banyak juga involve dengan albums local ketika 2014 selain Tomok,Aril & Faizul ada juga album lain seperti Nastia, Impatient Sisters, Adira, Fynn Tri, Tasha Mashahar & Syed Shamim. & masih lagi dalam progress adalah album penuh kedua Dish, album melayu baru Yunalis Zarai dan Pompa Bensin.

Singles;
Seperti tahun sebelumnya diberi peluang untuk menghasilkan single kepada finalist Akademi Fantasia & 2014 aku bekerjasama bersama Amir Jahari sekali lagi menulis lagu untuk Nina Nadira yg berjudul Misteri (Hilang working titlenya).& banyak lagi singles yang aku produce last year antaranya; Theme Song #ProjekRadioHotFM iaitu Kayuh Semula nyanyian HaniXZue dan Fynn Jamal, Theme Song #Popkrew berjudul Langkah Gaya nyanyi Faris Awanband & Dyana, Theme Song drama untuk Astro berjudul Misteri Cinta dinyanyi Aril AF,Theme Song drama slot akasia coming dari Pompa Bensin berjudul Ku Simpan Satu Rahsia, & masih di dalam proses pembikinan adalah lagu baru untuk Adibah Nor, Amira Othman, Indah Ruhaila, Emma Suhaimi & Nik Nabil.

Reality Show;
Aku baru selesai program realiti muzikal di TV9 iaitu #Popkrew seperti biasa berkampung 3 bulan lebih produksi dari ujibakat ke bootcamp sampai lah daily classes dan weekly concerts, && kali ini aku jadi stage dad untuk bakat bakat berumur 16-19tahun so gula dia lain sikit dari buat idola kecil dulu,aku happy berpeluang untuk berkongsi ilmu dengan semua peserta, seperti pengalaman recording session, live band, praktis menari, praktis menyanyi, mcm mana nak pegang mic, macam mana nak menjiwai lagu/lirik, mcmana nak bagi expression yg berkesan atas pentas dan macam-macam lagi.Alhamdulillah terbentuklah 5Beats, Novemboys, Briged, Algebra, Aurora & Baeq sepanjang journey musical Popkrew berlangsung.Harapan aku semoga depa ni menyinar dalam kancah persada seni local kita dan membuktikan sesuatu kepada semua yg bakat depa bukan lah hanya tangkap muat untuk meramaikan performer yg sedia ada.InsyaAllah..tak payah nak ulas lanjut hangpa boleh pi tonton.com tengok sendiri program Popkrew ni noo!

Scoring;
Selepas release Anak Jantan dipawagam aku tak berpeluang sekali pun nak tengok sebenarnya memang tak ada masa tapi since that aku ada involve beberapa membuat skor muzik untuk shorts dan telemovie di TV seperti Kiss Kiss Kill & NYCinta produksi Liyana Jasmay, dan beberapa drama Azma Aizaal Yusoof untuk slot akasia seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan & Teman Lelaki Upahan (coming soon),& sebuah telemovie mengenai Wayang Kulit (aku lupa la title dia apa). So dah nampak dah aku mula malas nak taip panjang-panjang sebab tujuan aku nak update karya saja kat sini just incase nak kena recall.Oh ya aku baru selesai buat music for musical series #DeeTheSeries 13 episodes untuk Astro Ceria.

Nastia;
Nastia adalah sebuah band underrated dan agak kurang apresiasi karyanya mungkin kerana belum cukup mass untuk beberapa channel kita, tapi sesiapa yg biasa tengok produksi drama dari Azma mungkin akan noticed kehadiran Nastia dalam scene muzik latar.Selepas 2 tahun aku produce album Nastia akhirnya kami telah release debut album pertengahan? 2014 dan sambutan amat menggalakkan Alhamdulillah, semoga sesiapa yg belum mengenali Nastia boleh lah check out nastiamusic di twitter youtube facebook sebagainya & beli lah lagu Nastia di medium medium berkenaan untuk merasai atmosfera muzikal Nastia ini.Untuk pengalaman lebih baik boleh terus ke performance Nastia di mana mana untuk merasai sendiri vibe kelainan yg mungkin jarang kali kita dapat dengar dari band local. :)

akhir kata; selamat tahun baru dan setinggi mana kita terbang jangan lupa tunduk.
sekian dari aku AG. peace.


Monday, September 22, 2014

the end of era

dalam hidup kita, sesiapa sahaja.
mereka baik dia
atau dia baik sesiapa pun.
akan datang
akan pergi.

pergi kerana panggilan,
juga takdir.

yang ada,peliharalah. 
yang tiada,terus berdoa yang baik baik.
aku minta jauh sesekali perasaan membenci
kerana kaya di dunia bukanlah abadi.


Monday, September 1, 2014

ego

alkisah ali dan ahmad berkawan baik suatu ketika.
kini mereka bukan lagi belangkas seperti saat itu.
mereka sudah mempunyai haluan masing-masing.
ali dan ahmad sibuk dengan agenda sendiri.
ahmad dan ali juga sudah tidak ada persefahaman sesama mereka.
satu negeri tahu kalau mereka bersatu,maka makmur negeri itu.
tapi ali dan ahmad kini hanya pada tajuk dan nama.
mereka dalam tidak sedar membunuh persahabatan dalam perang.
ali cakap dia dah give up, dia dah penat sangat-sangat.
ahmad pula tak pernah cakap malah ingin beralah.
ali dan ahmad punya ego tersendiri.
begitu tinggi.
semoga ali dan ahmad hanya berkawan baik sebaiknya.
bukan lagi bersama di dalam perang.

end.