Friday, April 22, 2011

LA DOYAN.



Assalamualaikum, macam biasa. Updates.
so aku missed certain benda sebelum aku sampai France ni, mcm nak cerita sekali dalam post ni tapi tak larat recall!
ok kita cerita perjalanan sampai France ya..

Alhamdulillah, aku selamat sampai France semalam. 24hrs perjalanan! Cheras-LCCT-OrlyParis-Grenoble.
ni paling jauh aku naik AirAsia..sebelum ni travel ke Europe naik Etihad & Emirates..ada tv, ada meal 4 kali, ada transit.
so bila naik AirAsia flight dia takda transit, mmg straight ke destination, makan 2 kali ja..selebihnya kena beli..Tv? tv mimpi la..tidoq..13 jam! sampai ja Orly, Paris..lepas imigresen, kastam(kastam dia nama lain mcm skit)..LOST wei sini, semua bahasa french! -__-' kalau aku list satgi jenuh..so lepas dah setel semua benda lepas, kami gerak ke Grenoble naik 2 van Mercedes Benz. besar..so Hujan datang 8 orang, TV9 5 orang, CST Production 3 orang. ( TV9 ngn CST ikut untuk shoot Hujan punya autobiography nanti akan ditayangkan masa raya. tengoklah! banyak kot benda kami share).

so sepanjang perjalanan tu interview, shoot apa semua..driver kami orang A'rab, aku cakap a'rab laa apa lagi! halfway ja lepas tu dia dah cakap FrenchArab aku lost..lost teruk! ok kami sampai Grenoble tgh malam! && paling best so far akomodasi yg kami pernah stay sepanjang pi oversea sebelum2 ni. Kami duduk dekat PARK APT SUITES, dalam city Grenoble ni. cantek! :) so aku serumah dengan Noh, Izzat & Am. && macam biasa berehat. TAPI aku dapat internet mcm makan la..zzz..

so 1st day;
calltime seawal 8am. breakfast lepas tu jalan-jalan sambil shooting, so kat sini kami bnyk jalan kaki dengan naik Tram. so hari ni shoot video clip Aku Yang Asing. Smart! scenery sini sgt calm gila..lepas tu naik kereta cable, TAK SECABAR Langkawi punya cable car! so gayat tak rasa..tapi best leh tengok the whole city..:) lepas shoot kami pi jalan-jalan, aku beli CD/DVD Avril..hehe mcm biasa..collector! pastu makan kebab, ya Allah kebab yang kali ni makan bsaq gedabak..makan stgh dah fly. Lepas tu perkara wajib! pi Music Store. tengok Instruments.

CERITEENYEEEW...

kedai guitar ni tak gempak sangat pon, tapi aku jumpa Godin Glisters, rare jugak tu..aku tak beli apa-apa, cuma try2 guitars. Izzat beli SlapBass stompbox, Noh beli APC Akai, & Gibson LP JR! waaa..:) tadi masa nak beli kan, Noh suruh aku test guitar..masa tu try Melody Maker Gibson, kaler puteh..dijadikan ceriteenyeew..
masa sampai kedai guitar tu aku mcm noticed ada bdk pompuan ni (taktau berapa umur dia), dia muka cam Hayley sikit pastu dress up mcm Avril versi pompuan tapi dia pakai Dr Mart.. rambut dia cutting style la..rock laa dia ni..:D hehehe aku suka..tapi taktau dia main guitar ka tak ka,, nampak dia lap-lap guitar ja -__-'.. at one point ni aku tengah layan guitar, solo bising-bising, dia cam ada dalam bilik guitar tu jugak..amik gambaq aku..eceecececeee lagi laa malu aku..;"> lepas tu dah nak balik tunggu Noh bayar guitar, aku lepak lepak la dekat counter dia jaga, aku cam segan nak tengok dia hahah! pastu Jijul jerit " wei AG dia dok usya hang tu". hahah! mentang-mentang diaorg tak faham Melayu! aku pun malu kot! dia cam pegang BB tengok aku, & aku pun buat benda yang sama cuma tak tertengok dia! ahahah malu teruk! OK situation dia mcm; dia nak approach aku, aku pun sama jugak.. tapi aku assumed dia taktau nak cakap bahasa apa ngn aku, && same goes aku..last-last? aku berlalu pergi...awwwwww.

I did twitted about benda ni pastu ramai gila mention suruh aku patah balik jumpaa dia! hahaha...Comel jaa ampa ni! pastu ? aku nak cakap apa? dia nak cakap apa? jadi orang bisu kami 2,2 nanti..:D hehehe..Its okayy.. ni cuma pengalaman ja la kan? kalau kita kejar buat apa..? tapi kalau ada, ada laa hehe..so lepas tu balik, balik terus tidoq! malam tadi shooting video clip Biola Bulan pulak.Tadi shooting dalam Funfair, exciting..tapi lost gak laa ramai kot french tengok .. yala kat grenoble ni campoq kami semua tak sampai 40 orang pun Melayu! memang la rare..abis 12am time sini. So ni aku dah balik nak tidoq, so aku amik kesempatan update blog ni, since aku dah janji kalau ada internet aku akan buat.:)

so Goodnight semua, Assalamualaikum.
esok hari yang panjang lagi! ( ADAKAH AKU KENA PATAH BALIK KEDAI GUITAR TU? )..
gila.

Jangan lupa beli album baru Awi Rafael.
saya ada sebuah lagu cinta dalam album tu.
BTW Tajuk entry ni Izzat bagi..depan apartment kami ni ada Mall nama LA DOYAN.

9 comments:

a s k r i e said...

terbaekkkk. pi ja la kat pompuan tu. muka agak2 hayley tu. rare. haha

Unknown said...

hang steady , jual mahai ka ? hahah . takpa , kami paham .

terima kasih kerana berkongsi :)

aDiツ said...

aku cabar hang g balik kat kedai tu,kenal la ngn pompuan tu,dpt fb pn ok..cari la translator.tak pon pki la bhsa isyarat.haha.mcm ayam ngn itik

coffeeaddict said...

patah balikkkkk AG! at least say Hi. guna hand sign pun takpe! go AG go! (semangat haha)

Fadzil topaN said...

p balik paling cikai bg website ka,email adress ka, boleh tweet2.. mangkuk2 french pon mesti tau speaking sikit2 punya

Unknown said...

hang cakap lah loghat kedah dekat dia. hahaha

superman said...

rugi btol hg x tegur diaa..haha

apiz.kamarudin said...

best siakkk korang!! haha..len kali cakap arab la wehh ;p

shada said...

ooh ni yang namanya 'di sebalik bukit ada cinta' ni..

haha sukaa tengok muka AG cakap tu.. memang chentaa... haha melayang beb..