Tuesday, October 2, 2012
Muzik & Hukum
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Seperti yang dijanjikan last week, entri kali ini adalah berkenaan masalah berkaitan muzik didalam konteks Islam yakni kecelaruan didalam hukum mendengar dan bermain muzik.Disini saya cuba semudah mungkin untuk berkongsi apa yang saya faham dari ilmu dan ulama' selepas saya buat beberapa research tentang permasalahan ini.Jadi dikatakan terdapat khilaf dikalangan majoriti ulama' silam kita termasuk juga ulama' dari mazhab Syafi'e yg mengharamkan alat-alat bunyian atau muzik sama ada memainkan atau mendengarnya.
Antara Hadith Nabi Muhammad SAW yang menegaskan; "Akan ada dikalangan umatku orang-orang yang akan menghalalkan penzinaan. sutera, dan alat-alat bunyian (instruments)" & didalam riwayat yang lain (Baginda bersabda) "Sebahagian manusia dari umatku mereka meminum arak dengan memberinya nama yang lain dan kepala-kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita…" (Riwayat Imam Bukhari dan Ibnu Majah dari Abu Malik Al-Asy'ari).
Secara sudut generalnya Hadith di atas adalah menyentuh berkenaan alat-alat muzik.Sungguhpun secara umum sekali dengan menyebut alat-alat muzik, Imam Ahmad pernah meriwayatkan dari Abdullah Bin Umar RA yang telah menceritakan bahawasanya "Rasulullah SAW telah mengharamkan arak, judi, gendang, biola dan setiap yang mengkhayalkan adalah haram." ATAU dalam satu lafaz lain pula Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan keatas umatku arak,judi,tuak,gendang dan biola".(Riwayat Imam Ahmad).
Dan menurut mazhab Syafi'e pula; "Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat bunyian seperti biola,gambus,gendang,serunai dan sebagainya.Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf,Diharuskan duff (sejenis konsep kompang,percussion) bagi majlis kenduri kahwin,berkhatan atau sebagainya dan nyanyian jika tanpa alat bunyian, hukumnya makruh dan jika disertai alat-alat bunyian pula hukumnya adalah haram". (sumber dari Mughni Al-Muhtaj, Kitab Asy-Syahadat).
Dan selain itu, dalil-dalil diatas, mengguna dan mendengar alat-alat bunyian (instruments) juga telah menjadi adat atau kebiasaan orang-orang fasikh (yakni yg suka melakukan maksiat dan tidak menjaga agama).
NAMUN sebahagian ulama' mengharuskan alat-alat bunyian atau muzik dalam sebarang bentuk dan bunyi selagi ia tidak bercampur dengan perlakuan-perlakuan(behaviour) yang haram seperti minum arak,percampuran lelaki dan wanita dengan bebas,nyanyian yang bercanggah dengan agama (menyanyikan lagu yg memuja wanita dan sebagainya..lebih-lebih ia membangkitkan syahwat) DAN SELAGI tidak melalaikan i'badah dan tanggungjawabnya sebagai muslim.
Diantara mereka ini adalah sahabat Nabi Muhammad SAW, yakni Abdullah Bin Jaafar dan Abdullah bin Az-Zubair, Imam Malik, Towus, Sa'ad bin Ibrahim Az-Zuhri (seorang Tabi'in), Abdul-A'ziz Bin Salamah Al-Majisyun,Imam Abu Bakar Ibnu 'Arabi, Imam Ibnu Hazm dan sebagainya.Manakala Imam Ar-Ruyani menagalkan dari Al-Qaffal bahawa mengikut mazhab Imam Malik, nyanyian dengan alat-alat muzik adalah harus.
Jadi hujah mereka ialah; TIADA DALIL yang benar-benar terang dan nyata yang menyebutkan pengharaman alat-alat bunyian atau muzik tersebut.Jika ada sekalipun, umpamanya hadis riwayat Imam Bukhari yang dikemukakan oleh para jumhur dinyatakan diatas dimana ia kerana bercampur dengan arak, zina atau sebagainya yang JELAS dilarang, bukan semata-mata kerana alat bunyian/muzik. Maka dengan itu, jika alatan muzik tersebut BEBAS dari unsur-unsur haram tersebut, ia akan kembali kepada hukum asalnya iaitu HARUS.Sekalipun banyak sekali hadith yang dikemukakan oleh pelbagai ulama' yang berhujah menentang dan melarang alat-alat bunyian, namun hadith-hadith tersebut tidak sunyi dan lari dari kecacatan kerana ia berlegar diantara dhaif atau maudhuk (PALSU) dan tidak harus dijadikan hujah terutamanya untuk mengharamkan sesuatu yang dimana telah disepakati ulama' bahawa pengharaman mesti berdasarkan dalil yang SOHEH.
Sebagai contohnya, hadith riwayat Imam Ahmad diatas tadi yg didalam sanadnya (rangkaian periwayatnya) terdapat seorang yang bernama Al Walid Bin A'badah dimana ia adalah majhul (tidak dikenali).Dan berkata Imam Ibnu Hazm; "Tiada sebarang hadith yang soheh yang mengharamkan nyanyian dan alat-alat bunyian, dan semuanya adalah maudhuk.".Jadi ramai ulama' semasa kini lebih cenderung kepada pandangan kedua diatas yang menerangkan muzik adalah harus selagi tidak bercampur dengan perkara-perkara haram dan tidak melalaikan dari ibadah dan tanggungjawab sebagai Muslim.Begitu juga hukumnya dengan nyanyian yang hari ini tidak dapat dipisahkan dengan muzik. WALLAHU A'LAM.
sumber research saya;
Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, juz. 8, bab Ma Ja-a Fi Alati al-Lahwi, hlm. 96-105.
Al-Halal Wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhwi.
Al-Kalimu at-Thayyib, Dr. Ali Jumaah.
Mughni al-Muhtaj, Syeikh Khatib asy-Syirbini.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi (rujuk kitab beliau; al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam),
Syeikh Muhamad al-Ghazali dan Mufti Mesir sekarang ini Dr. Ali Jum’ah (lihat buku Himpunan Fatwanya bertajuk; al-Kalimu at-Thayyib; Fatawa ‘Asyriyyah, hlm. 452).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sy penah post pasal hukum main gitar gak..kat sini..
Allah sukakan keindahan. Muzik juga boleh jadi satu sumber keindahan.
XD
Saya pun pernah rasa serba-salah. Terimakasih atas panduan AG.
Tapi dlm konteks persembahan gitar awk skrg tak keterlaluan kalau dikatakan telah masuk kategori melalaikan umat yang mendengarnya.
Itu pun satu persoalan.
Salam Bro. AG.
New entries for 2013? XD
dh ko kaki muzik, pemilihan pndpt pn ikot yg sesuai dgn keinginan diri la. toksah kata gitaris westernise mende, artis nasyid pn fkir bnda sama. asal muzik. hmm..moga Allah bg hidayah. aku pn dgr muzik gak,and also peminat gubahan AG, tp dlm dgr, dlm minat, masih mengambil kira pendapat ulama' yg kata muzik itu haram. bukan calang2 ulama' k. sma2 kita perbaiki diri.
Post a Comment