Tuesday, September 24, 2013

Bangunkan Aku Apabila Luputnya September.

Mungkin akhir-akhir ini aku agak kurang aktif di beberapa medium laman sosial kerana tiba-tiba rasa macam malas nak menaip kat twitter dok buat kerja dok buat kerja..nanti orang boring dengan aku padan muka,so aku pun ambil tindakan MIA konon mengada-ngada! apapun aku tak pi mana pun, memang ada ja kat studio ni ha..

Jadi hari ni cam rajin nak update kat sini berkenaan progress kerja di studio,kerana terangan aku memang sedang sibuk menyiapkan produk muzik banyak saat ini.Mungkin kat sini aku boleh bagitau yang aku tengah work on singles;

- Fynn Jamal, Tri Hadzir, Emma Suhaimi, Syah Noah, Daiyan Trisha, Adira, Stacy, Ezzy, Tomok, Nik Nabil, Syura & RJ.

- albums; Tasha Manshahar & Syed Shamim, Nastia, Dish, The Impatient Sisters, Fauziah Gambus & Manifesto.

- filem skor Anak Jantan & OST Lagenda Budak Setan 3.

Jadi itulah yang membuatkan aku jadi makhluk gua buat sementara waktu ini, InsyaAllah sekitar October aku akan siapkan semua yang diatas kerana memberi laluan untuk program November & December nanti dimana aku akan terlibat menjadi pengarah muzik sebuah program realiti tv & persiapan mengarahkan muzik untuk showcase Hujan julung kalinya di Dewan Philharmonic Petronas.

Dan jika tiada aral melintang ada perancangan untuk merakamkan album Hujan yg terbaru dimana akan memuatkan lagu-lagu Hujan pada skala lainnya setelah dimana ramai asyik bertanyakan sebuah album jazz & akustik dari Hujan since dahulu.InsyaAllah kalau semua lancar,proses rakaman akan bermula pada bila sahaja masa mampu terluang saat ini.

Ok itu sahaja setakat ini untuk dikongsi buat semua dan aku ada beberapa produk muzik yang baru disiapkan sepenuhnya dan mungkin telah rilis di radio atau youtube pada saat ini diantaranya adalah Mungkin Kamu oleh Sissy Imann, Goodbye Goodbye oleh Azri AF9, Jauh Sudah oleh Azizi AF1, Masih Perlu oleh Tasha Manshahar, Suasana Aidil Fitri oleh Ila Damiaa, Ramalanku Benar Belaka 2013 oleh Zarul Umbrella, dan banyak lagi aku dah lupa! Selamat melayar laman sesawang sawang!

Sekian Terima Kasih semua.

AG

3 comments:

nuyuljana said...

fuhhhhh..

banyak nya projek.

did you sleep well?

jaga diri dan senyu selalu.

your smile can kill someone.

:)

Fahanan ad-Din said...

AG, bila nak potong rambut?
()______()
(^________^)

Unknown said...

serious cool gila kalau dapat jumpaa kau. teringin nak tengok apa je korang buat dengan dunia muzik~