Friday, October 15, 2010

Mukadimah Tribute PRamlee.



Assalamualaikum.
halooo..adoih banyak kerja kat studio, Alhamdulillah.
sambil banyak kerja ni, kat luaq sana tu banyak hal la jadi, Apala. Penat la dol!
So sepertimana dilihat dengan mata kasaq, aku tinggai blog aku lama, well..busybodyy!
dipendekkan the long story mory. Progresses yang aku lalu adalah seperti rutin biasa, producing penyanyi, bands, lagu baru & lama. && Alhamdulillah sekali lagi, semuanya lancar sekali.

Tempoh hari,minggu lepas lepas ni..aku ditimpa ujian ujian dari Allah S.W.T pelbagai dugaan..tak payah la aku nak share kot, sebab menyentuh peribaditasi. So far aku hadapi semuanya dengan tabah dan redha, Syukur sebab aku sgt berterima kasih atas kurniaan sifat kesabaran yang sungguh baik sekali. Tapi ingat orang yang kuat bersabar ni jangan main-main..nanti!? nanti kena jual seluroh harta!! haha LAME.Tapi aku nak share la aku since balik Kuching Jom Heboh, since aku balik dari Raya, aku mmg melekat kat studio, Spiderman belum tentu melekat tahap aku melekat ni.. sebab apa? ya salah satu faktor kereta aku masuk workshop tukar enjin , pas siap kereta pastu belting semua putuih, gila babi.Tapi aku tak kisah pun, sbb passion aku kat kerja di studio dok membara gila! Apa aku buat??

yaa..Ceritanya..(intro pala bapak)..

Latest progress aku baru sahaja selesai dengan projek #tributepramlee , kalau hampa noticed hashtags tu kat Twitter. Search la tengok.. untuk projek ni studio aku jadi mcm the main HQ la kot? semua pelbagai bands gathered sini recording Allahyarham Tan Sri P Ramlee's songs. Bestla, experience ni..luar biasa tau. Ya serious luar biasa, ok jom kita renung sejenak 2010, ala takyah 2010..let say since internet culture develop ni, semua orang dapat reference senang kan? contoh, OK la aku nak buat band la..( takdak point/ rip off ) ok aku nak style mcm Circa Survive! jom buat? yeah! 4shared, Youtubes, Torrents, ha apa lagi? pastu jamming2 sampai muntah..OK faham tak angle aku ni? k abaikan..aku sengaja ja confusekan semua..

OK, jom kita patah balik 50's-60's.Allahyarham's Era..fuh! tau dak apa yg terlintas? "ORIGINAL". Bukanla aku cakap zaman sekarang ni semua tak original..bukan la macam tuuu..tapi hampa faham dak angle aku ni?? hak ela..tak faham takpa..k back to the story.. ya Original. Aku rasa semua bands yang involve project ni share the experience yang sama! of course! yaitu KAGUM.OK kita clearkan story ni direct kat point dia la k? so dalam projek ni, aku rearranged 5 songs. Lagu-lagu tu adalah Jeritan Batinku, Gelora Jiwa, Malam Bulan Dipagar Bintang, Tunggu Sekejab & Itulah Sayang. hooo mann!! aku taktau mcm mana nak explain generally punya sudut dalam progress transcribing chords, progression, arrangement muzik asal semua. YEAH! krezii wei! like every moment aku hit the notes, semuanya adalah "WOW!" why mcm ni? why mcm tu? woi mcm mana dia fikir nak buat mcm ni? mcm mana macam tu? *sigh
Imagine la kan? time tu takda pun Internet, apa tah lagi DVD la kan? fuh! tapi kenapa orang dulu dasyat, ada kisah dia..ni cerita sejarah muzik la..mcm cerita Parameswara apa semua tu..hampa google la baca.. but aku rasa most of ideas mcm banyak elemen Jazz lah kan? chords rabak, progression kurang ajaq. Arrangements lagi lah..tak sure sapa arranger betul-betul time tu? Ada sumber cakap arranger masa tu Filipino punya musician. ahhh idontknow, but still la kan? the songwriters he self la yang dasyat dalam story ni.

So jgn aku nak panjangkan cerita, tentang PRamlee, hampa boleh cari buku pasai dia, && hampa akan tahu sejarah latarbelakang muzik yang sangat magic melanda era tu. Apa yang aku nak share dengan hampa semua adalah! kisah pengalaman setiap lagu yang aku arrange untuk #tributepramlee ni. So tunggu for the next blog entry. I'll be write soon. Nak letak teaser sekali la..camana eh nak letak dalam blog ni? aku buta IT not bad la..hahah..takpa aku akan cari cara lah! Thanks kepada yang masih membaca blog tak style aku ni, aku bukan kaki updates sebenaqnya but im tryin beri hard u know? sleepehh!! zzzzzzz

Sekian, Wassalam.

5 comments:

Emmet Muhamad said...

kalo hang tak update, siap la. gua tgu teaser tu, janji dah janji!

Bukan Gadis Comel said...

yah! tolong update lagi!

atn.yusry said...

jaga diri

Syahid Ishak said...

ag,

ada cara tak aku tak tengok konsert tribute ahad nanti?

teringin sangat ni.

ceng said...

da ketagih nak dgr gitar hg g...jeritan batinku buat aku hanyut....