Sunday, September 4, 2011

Salam Syawal ya antum Semua. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt;

First sekali, aku nak ucap selamat hari kemenangan, menyambut Syawal selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, semoga a'malan sunat & wajib kita diterima baik hendakNYA, InsyaAllah..kepada yang dah berhijrah, Alhamdulillah..kepada yang masih mencuba, teruskan usaha itu..baiklah; baiklah; baikkklah!

1. Sekembalinya aku menulis blog ni sebab aku memang nak tulis pon.lalala..dah nama pun laman sesawang kan, biaqlah dia bersawang dulu..ni aku nak sapu bagi kat hampa..anyway, sepanjang ketiadaan updates saban waktu, aku adalah berfokus dengan tugasan yang menjadi tanggungjawab aku sebagai produser muzik di studio, selepas July lepas..agak pelbagai aktiviti muzik telah berlalu begitu hebat, kalau nak recall untuk dikongsi kat sini..jenuh kepoi semua nak ingat! Mari guna teknik kupas;

2. AG & CO;
pada July lepas, AG & CO dipanggil media prima untuk menjayakan satu program muzik berjudul Ekspresi Dato.MNasir & Jamal Abdillah.Alhamdulillah, masuk ni dah 3rd times aku diberi peluang bekerja bersama Dato M.Nasir! maksudnya beliau punyai kepercayaan kepada aku dan pemuzik seangkatanku & teruja bila Jamal Abdillah juga turut serta! Jamal! Raja Pop Malaysia..Dato pula antara Ikon besar pengkarya muzik di tanah kita..OK bangga! Sepanjang rekaman dibuat kami juga mengiringi penyanyi oldtimer Fransisca Peter, Ogy Ahmad Daud & the Phenomenon MAWI. akhir cerita; semuanya lancar dan selamat ditonton di TV9 pada hari raya 2,3. Oh ya..satu lagi experience best bila busking dengan Dato M.Nasir & Jamal di luar legar Pudu Raya! fun! (aku nak taip Fuh! tapi keluaq Fun. PUN BOLEH.)
Ekoran selepas Program ni habis, AG & Co dipanggil produksi lain untuk program muzik seterusnya yang akan dishooting awal October.Kali ni untuk 13 episod punya program.Nama dia i-Popular...ada 26 Penyanyi akan diiringi kami..InsyaAllah akan buat yg terbaik..Amin..

3. KAMAR SENI.
Studio; Sibuk..rakaman singles, albums, EPS, musical drama hinggalah ke rakaman dub suara filem.
(takpayah nak cerita banyak-banyak, benda routine kat studio dah termaktub "katakan YA untuk KERJA".)
diantara pemuzik & drama musical yang record kat studio tempoh hari ada Tengku Adil, Hazama, Dichi Michi, Asmidar, Monalyssa, White Percussion Unit, Pompa Bensin, Stroberi & Cokelat, & Kuliah.

4. YUNA
Selepas produce MEMO untuk program Yuna Inspired lepas; dalam July August ni aku produce 3 buah lagu baru dengan Yuna, lagu best! yang latest ni sebuah lagu untuk commercial syarikat telekomunikasi, sebuah utk commercial syarikat Camera global, & sebuah soundtrack untuk filem. TUNGGUU!!!

5. HUJAN;
Macam selalu, ROCKING! sedang giat menulis material baru, & dah start recording dah.. kepada yang dah follow Hujan selama ni, album yang akan datang ni adalah muzik yg berubah mendadak, ya..banyak rencangan utk album ke 4 bakal release insyaAllah hujung tahun atau awal tahun depan ni..ada DVD insyaAllah.

6. ASTRO MY MUSIC INDIEPRETASI.
Tatkala sibuk dengan studio, produce lagu & sebagainya..ini diantara projek MAJOR yang aku paling busy buat, kerana ia adalah projek muzik khas untuk hari Malaysia & Kemerdekaan 54 kita dimana aku produce/rearrange balik lagu patriotik Malaysia yang lama dengan diberi nafas baru..( tidak jauh beza dengan projek P.Ramlee Indiepretasi last year). Alhamdulillah semuanya dalam progress yang baik. Berikut senarai penyanyi & lagu yang aku dah produce untuk program ni; Bahtera Merdeka (Ahmad Jais) - Azlan Typewriter , Balada Pemuzik Jalanan (Search) - Hazama, Made In Malaysia (Roots&Boots) - Hafiz AF, Malaysia Baru(Ahmad Daud) - Sharmini, Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats) - Aizat Amdan, Standing In The Eyes Of The World (Ella) - Najwa Mahiaddin, Inspirasi Taming Sari (Wings) - Drama, Balik Kampung (Sudirman) - The Kebayas (SukiLow,Sharmini & Adira) & Saya Anak Malaysia (DR.Sam) - various artist. ( Aizat,Najwa,Hazama,Azlan,Fina,Hafiz,Adira,Altimet,) lagu ni maybe ramai dah tahu sebab dah keluar videoclip kat Astro.Semasa aku tulis ni segalanya masih dalam progress final..harap-harap sempat siap cepat sebelum Hari Malaysia. check it out www.astromymusic.com.my

begitulah setakat recall yang dapat kongsi masa ni, oh ya..tak lupa masa bulan July tu aku ke Singapore perform showcase Jayesslee & Zahidah kat TAB selama 2 hari, show sold out beb! nanti aku upload video jumpa depa..pastu kelmarin dah siap mastering album Diandra Arjunaidi, hari Rabu ni nak hantar printing!! & sekarang aku tgh start sibuk praktis untuk showcase Yuna di Dewan Philharmonic Petronas KLCC 12th ngn 13th September ni. kemudian praktis/recording untuk Hujan sekitar 14th-17th September, dan praktis AG & CO pulak 18th-25th untuk program muzik October yang 13 episod tu. 26th-30th ada show luar Kuala Lumpur dengan Hujan, kalau tak silap kat UUM pastu kat Terengganu. OKAY ITS MEAN I AM ALREADY FULL SCHEDULED IN THIS MONTH.

anyway wish me luck..I love my job.
AG

Wassalam.

5 comments:

myu said...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Gud luck :)

adrenelin zielyana rinie said...

u love u job.. i love yr job too... (;

Si Hitam Manis said...

selamat berjaya AG. Selamat hari raya . selamat semuanya :)

EPI said...

Ya Allah... Bz dengan teroknya ang nih.. semoga success bro!

IZ said...

salam aidilfitri ag..

lama xdgr cerita, ak ex maahad gak dulu.. ak budak jalan pegawai.. ak just nak ty la ni kan hang da bukak studio, ak nak wat recording sndr bole x? bapa byk caj hang kenakan?