Wednesday, January 11, 2012

2012

Assalamualaikum.

lama gak la tak menulis kan? last time aku menaip panjang untuk projekbuku tapi taktau apa cerita pasal projek tu setakat ni. Jadi pagi ni aku macam biasa, tak tidoq lagi..kepala otak tengah blank sat sbb inspiration tak sampai-sampai nak siapkan satu lagu ni, jam dah 8am, aku ada calltime 12pm sat lagi pi Akar Karya.. ada script reading. WELL.. script reading? gila gak tu satu lagi perkara tiba-tiba aku baru dapat tau Hujan akan berlakon dalam satu series ni tajuk dia Projek Pop..10 Episod, cerita pasal band camtu camtu la..conflict and sebagainya. Sebenarnya aku takda prepare apapun langsung nak get into acting semua ni, at 1st cam bullshit laa brief proper, contract apa taknampak then tiba-tiba kena berlakon.. aku runsing sebab jadual aku packed sangat dengan aktiviti muzik aku..so aku tak nampak pun potential untuk aku coop dengan acting punya masa ni. :( but then since bandmates lain nampak macam semangat, aku kena la bertimbang rasa sama, but go with the flow lah kan.. Lagipun ni rezeki, bukan bala pun..untuk kebaikkan kewangan aku jugak..Maklum lah nak kumpul duit beli rumah, upgrade studio, & sebagainya.
So nanti aku akan update pasal Projek Pop ni apa benda/cerita nya semua.. Setakat pemahaman aku; series ni kisah macam mana keadaan bila band tu berada di saat kejatuhan. RASANYA LA..

Okay, selalunya entry awal/hujung tahun mesti macam nak cerita/recap achievement & perkara-perkara lepas yang takboleh dilupakan..nak kongsi la kan. Maybe tahun ni aku dah makin meningkat umur..Transisi tahun pada aku cuma number, aku dah takda nak terfikir pasal azam sebagainya..sebab, pada aku..nak berazam biarlah bkn kena tunggu tahun, sebenarnya berazam tu sepatutnya pada bila-bila masa sahaja masa kita terdetik nak target sesuatu goal dan sebagainya. So macam biasa, aku teruskan hari-hari aku berjalan seperti routine.

So, bulan ni, bulan depan, last year time ni aku berada dalam satu transisi kehidupan iaitu perubahan. Mengapa? sebab rasanya ni dah hampir 10 tahun aku berhadapan sepenuh masa sebagai musician..atau lebih tepat, karier. Selepas beberapa achievement aku kecapi, aku peroleh banyak peluang bermuzik sehingga aku sibuk gila. ALHAMDULILLAH.. dengan bakat & kekuatan yang ada ni adalah milik Allah S.W.T, kalau bukan dariNYA..sapa lah aku ni. Tak perlu kot aku explain lebih maksud 'perubahan' yang sebenarnya aku & orang tertentu sahaja yang faham. Yang penting pesanan aku untuk orang yang selalu depress dengan masalah relationship dalam hidup dia, better beringat kepada diri kita sendiri terdahulu..& biarlah kita bersedih kerana tertinggal dengan tanggungjawab & tuntutan kita, sebagai seorang masyarakat yang berkhidmat untuk masyarakat DAN juga sebagai seorang muslim, kerana dengan ini lebih membentuk sahsiah dan disiplin pada diri kita. InsyaAllah lebih afdal dijadikan pilihan. TAPI depends, sebab lain orang lain caranya. Cuma berpesan/beringat.

Alhamdulillah aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang sanggup bersama aku susah senang, baik depa semua ni mulut jahat, atau perangai tah apa-apa sekalipun, aku ada dengan depa ni, akan aku jaga/sayang depa macam keluarga aku sendiri InsyaAllah. Sebenarnya 97% hari aku semua adalah berada didalam studio, berkarya & berkhidmat. Aku mmg jarang keluar, selain shows,meetings,obviously berkaitan kerja & Futsal. Aku okay, & aku mengaku kadang-kadang aku sunyi juga sebenarnya tapi what's the point aku nak sedih sunyi segala bagai? major ZZZZ. But then, Alhamdulillah, kerja-kerja aku lah yg buat aku hidup..bukan mengejar harta pun, tapi selagi berdaya aku mmg nak teruskan hectic dengan kerja. Its time untuk aku buat apa saja aku nak sekarang, bukan perkara lagha lah kan, maksud aku untuk kebaikkan masa depan aku, keluarga aku. InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T hendakNYA.

Sebenaqnya aku melalut ja semua ni nak bagi mengantuk, takdak input output penting pun kot kan? Sorry membuang masa hangpa membaca, tapi terima kasih sebab sudi ada kat sini share apa aku rasa bagai. :) Jadi ingat..selalu berdo'a untuk jadi orang yang kuat/tabah daripada hidup senang. Sekian Ma'salamah.. Jaga diri semua. Wassalam.

4 comments:

budak said...

ag, semoga terus berjaya dunia akhirat..aku respek hang sebab macam bnyk input aku dpt berdsrkn pengalaman hidup hang..hehe..

gula-gula kapas said...

hemmm..xtau nk ckp cmna..arini 1 ari me baca blog encek Eyy dr pg smpai skunk bru abes..aku settlekan dr 2009..smpai pening kpla otak me ni sbb baca smbil pusing2 ats kusi yg leh pusing dpn pc opis..(hihihi)x igt tgk muka encek eyy kat mana trus sagkut n start cri bout encek eyy..neway! thanks ya!! lalalaala~

SINARMUDA PENAGA said...

Kenapa dulu IY AG?sekarang AG je?

AsYikHiNz said...

suka cara hg~