Friday, September 28, 2012

Musical 'Directory'

PENGARAH MUZIK/PRODUSER

Saya juga aktif bergerak sebagai pengarah muzik bersama band saya; iaitu AG & CO, tugas sebagai pengarah muzik pula adalah menerajui sesebuah ensembles muzik kecil sehingga ensemble besar seperti orchestra. Tapi sebagai watak saya di sini adalah lebih kepada mengiringi penyanyi solo atau berkumpulan yang terlibat dalam sesebuah program muzik secara langsung dan rakaman untuk TV dan juga persembahan konsert pelbagai skala.

Secara ringkas menjadi pengarah muzik persembahan adalah untuk bertanggungjawab memastikan semua musicians dibawah kendalian saya menyampaikan permainan instruments masing-masing mengikut apa ditulis di skor muzik yang telah mengikut gubahan asal lagu tersebut.Kadang-kadang juga saya bertanggungjawab untuk menggubah kembali muzik asal sesebuah lagu itu mengikut kehendak penerbit dan penyanyi itu.Situasi sebegini boleh terjadi secara langsung dan juga tidak langsung, itulah diantara cabaran menjadi pengarah muzik dan pengiring muzik.

Sebagai produser/pengarah muzik untuk rakaman lagu di studio pula, tidak banyak bezanya seperti role seorang pengarah muzik persembahan secara langsung.Juga ditugaskan untuk memastikan setiap permainan dari pemuzik yang ditugaskan merakam instrument masing-masing mengikut apa yang ditulis atau secara spontan dengan apa yang dikehendaki oleh pengarah muzik itu. Seperti juga penggubah lagu, perlu memastikan key/nada penyanyi itu selesa untuk menyanyi dan menentukan tempo/rentak sesebuah lagu itu bersesuaian.

Memilih pemuzik untuk menjadi sessionist juga adalah kuasa pengarah/produser muzik. Dan setiap pemuzik yang telah dipilih tentunya masing-masing mempunyai signature dan kekuatan tersendiri.Dan paling utama dan penting adalah kewujudan chemistry sesama band kerana ia akan mempengaruhi permainan, semangat, dan suasana yang selesa untuk membuat persembahan dan juga rakaman.Begitu lah sedikit sebanyak secara ringkas tugas seorang pengarah/produser muzik persembahan secara langsung dan rakaman di studio.Terdapat juga pengarah muzik untuk filem, theatre, broadcast, dan orchestra, tetapi biarlah saya cuma berkongsi beberapa pengalaman saya ada sebagai penggubah/pengarah/& produser muzik di dalam beberapa projek.

Thursday, September 27, 2012

Penggubah Muzik

Assalamualaikum sahabat sekalian! Sekian lama, InsyaAllah saya nak menulis balik kongsi serba sedikit benda. Selepas sibuk dengan kerja & usaha mencari inspirasi, saya rasa menulis mungkin banyak membantu menjana minda ni (walaupun sejenis menaip).
Since last post dalam blog ni saya sentap dengan sapa tak ingat dah,lepas tu sibuk dengan kerjaan,Alhamdulillah progress perjalanan karier muzik saya makin baik.Ramai bertanyakan tentang penggubahan lagu,jadi apa kata saya nak kongsi bersama apakah itu Penggubahan atau kerja seorang muzik arranger.

Apakah kerja sebagai seorang penggubah muzik?
Tugas utama sebagai music arranger adalah untuk menggubah sesebuah lagu/muzik asal dengan memenuhi kehendak dan keperluan persembahan, rakaman, performer, sebuah ensemble muzik, konduktor muzik, producer, & music director. Tugas kami adalah untuk memastikan seluruh aspek muzik yang ditulis berada dalam harmoni yang baik, instrumentation berada pada tempo yang baik, dan melengkap formasi sesebuah lagu/muzik itu. Muzik dan lagu yang menjadi hasil kerja kami untuk digubah selalunya adalah sebuah lagu baru/original dan juga lagu yang telah sedia ada. Penggubah muzik biasanya akan dapat demo lagu dalam pelbagai bentuk baik dari melodi sahaja sehinggalah ada juga yang telah ditulis/rakam form lagu tersebut. Contohnya apabila kami memperolehi muzik verse & chorus sahaja, maka kerja seorang arranger adalah untuk mewarnakan lagi formasi verse chorus tadi menjadi Intro; verse; pre chorus; chorus; middle8(bridge), solo, 2nd verse, & chorus ke outro.

Apakah ciri-ciri sebagai penggubah muzik yang bagus?
Perlu kreatif, tahu mengadaptasi muzik yg ingin digubah dan mempunyai originaliti. Ciri-ciri sebagai muzik arranger yang bagus adalah generally tahu untuk bermain pelbagai instruments, secara asasnya guitar, piano, drum, percussion, dan bass. Dan diantara perkara yang paling penting adalah membaca nota muzik, menulis nota muzik, berkeupayaan untuk transpose & transcribe muzik, dan mempunyai latar belakang kuat di dalam pengetahuan harmony, composition sehinggalah ke orchestration. Dan akhir sekali adalah tahu atau pandai membuat signature/trademark sendiri di dalam setiap lagu digubah.

Sebagai music arranger yang baik pasti dapat bekerjasama dengan baik bersama pihak lain dengan cara berkolaboratif, sebab music arranger akan sentiasa berhadapan bersama artis, produser, dan pengarah muzik untuk menetapkan garis panduan tertentu dimana dan bagaimana komposisi lagu perlu dijaga. Dan sebagai penggubah muzik juga perlu bijak dalam menyesuaikan diri mendengar, mencuba, & mengekspresi kerja-kerja di dalam garis panduan asal (direction) muzik yang diinginkan producer,pengarah muzik dan penyanyi itu.Ini akan menjadikan karya itu lebih berkesan! Kadang-kadang dengan mendengar radio, mendengar pelbagai muzik terkini di radio juga adalah sebahagian faktor yang membantu untuk seorang penggubah muzik itu tahu apakah bentuk/nilai komersil di radio terkini instead of menggubah lagu semata-mata untuk 'syok sendiri'.Ini adalah terpulang kepada situasi yang dihadapi dengan hidup sebagai seorang penggubah lagu.

Secara peribadi,saya tahu penggubah muzik selalunya menjalankan studio mereka sendiri dan memperolehi pendapatan dengan baik.Selain dari kemungkinan menjadi kerjaya yang menguntungkan,ia juga bonus lebih-lebih lagi jika tahu bekerja dengan orang dan membawa muzik untuk hidup.Selalunya,peluang menggubah lagu adalah panggilan dari mulut ke mulut, jadi pastikan ikhlas bekerja dengan semua orang penuh hormat dan bersama profesionalisme dari projek demo sehinggalah untuk skor filem.

Apakah equipments yang perlu ada pada setiap penggubah lagu?
Boleh dikatakan kesemua music arranger hari ini mempunyai workstation mereka sendiri yang dilengkapi pelbagai instrumen muzik, synthesizers, microphones, mixers, monitor speakers, computers, plug-ins, softwares dan sebagainya. Biasanya peralatan yang digunakan adalah bergantung kepada client & music arranger itu sendiri. Secara asas; Computer, interface audio dan midi, controller midi dan monitor bunyi sudah cukup untuk berkarya, malah masih ada arranger yang hanya menggubah lagu dengan hanya menulis menggunakan pen atau pensel di atas kertas skor muzik, ia terpulang.

:)