Friday, September 28, 2012

Musical 'Directory'

PENGARAH MUZIK/PRODUSER

Saya juga aktif bergerak sebagai pengarah muzik bersama band saya; iaitu AG & CO, tugas sebagai pengarah muzik pula adalah menerajui sesebuah ensembles muzik kecil sehingga ensemble besar seperti orchestra. Tapi sebagai watak saya di sini adalah lebih kepada mengiringi penyanyi solo atau berkumpulan yang terlibat dalam sesebuah program muzik secara langsung dan rakaman untuk TV dan juga persembahan konsert pelbagai skala.

Secara ringkas menjadi pengarah muzik persembahan adalah untuk bertanggungjawab memastikan semua musicians dibawah kendalian saya menyampaikan permainan instruments masing-masing mengikut apa ditulis di skor muzik yang telah mengikut gubahan asal lagu tersebut.Kadang-kadang juga saya bertanggungjawab untuk menggubah kembali muzik asal sesebuah lagu itu mengikut kehendak penerbit dan penyanyi itu.Situasi sebegini boleh terjadi secara langsung dan juga tidak langsung, itulah diantara cabaran menjadi pengarah muzik dan pengiring muzik.

Sebagai produser/pengarah muzik untuk rakaman lagu di studio pula, tidak banyak bezanya seperti role seorang pengarah muzik persembahan secara langsung.Juga ditugaskan untuk memastikan setiap permainan dari pemuzik yang ditugaskan merakam instrument masing-masing mengikut apa yang ditulis atau secara spontan dengan apa yang dikehendaki oleh pengarah muzik itu. Seperti juga penggubah lagu, perlu memastikan key/nada penyanyi itu selesa untuk menyanyi dan menentukan tempo/rentak sesebuah lagu itu bersesuaian.

Memilih pemuzik untuk menjadi sessionist juga adalah kuasa pengarah/produser muzik. Dan setiap pemuzik yang telah dipilih tentunya masing-masing mempunyai signature dan kekuatan tersendiri.Dan paling utama dan penting adalah kewujudan chemistry sesama band kerana ia akan mempengaruhi permainan, semangat, dan suasana yang selesa untuk membuat persembahan dan juga rakaman.Begitu lah sedikit sebanyak secara ringkas tugas seorang pengarah/produser muzik persembahan secara langsung dan rakaman di studio.Terdapat juga pengarah muzik untuk filem, theatre, broadcast, dan orchestra, tetapi biarlah saya cuma berkongsi beberapa pengalaman saya ada sebagai penggubah/pengarah/& produser muzik di dalam beberapa projek.

No comments: