Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan Mubarak.

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Pejam celik sat ja masuk posa,Alhamdulillah sebelum posa tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya memang standard la kalau gherja dalam industri seni hiburan kat Malaysia memang banyak gherja kena ligan sebab semua nak rehat bulan puasa, sebab tu event raya utk TV, rancangan bulan puasa semua depa akan shoot masa sebelum start posa,maksudnya bulan posa semua dok office editing & buat kerja kerja pasca ja la. ( ada jugak kena lenjan masa bulan puasa tapi tu takleh buat apa la nasib la hang ).

So sebelum puasa start ni aku dok harung beberapa produksi muzik seperti live concerts,tv programs, & seperti lazim yakni rakaman lagu-lagu albums singles sebagainya di Kamar Seni.Yang terkini aku just siapkan 4 singles untuk finalist #IdolaKecilUltra iaitu Harris,Balqis,Azzam & Danial yg bakal depa pump di radio soon insyaAllah & projek #MuzikalRayaIdolaKecilUltra yg akan ditayangkan malam raya nanti! so boleh la tgk interpretasi lagu raya lama lama yg telah aku buat benda bukan-bukan mcm selalu! ya so ada banyak lagi sebelumnya seperti;
- pemenang kedua #ProjekEPHotFM kali ini ada OTO band dari ipoh,
- Kalau Aku Ke Bulan (lagu akhir untuk album Faizul AF2013),
- upcoming single Tomok berjudul Maafkan Aku ( masih working title ),
- Aril AF's Bangkit,
- Wani's I Cinta Jer.
- Ippo Hafiz's Hujan Sepi,
- Patah Sayap's Pompa Bensin (Theme Song Kerana Terpaksa Aku Relakan TV3),
- ProjekEPHotFM 1st cycle winner; Hani & Zue untuk lagu Biar.
- Elizabeth Tan's Maaf.
- Album Tasha Manshahar & Syed Shamim
- Theme Song BOH Cameronian Awards 'Inspirasi' oleh Amir Jahari.
- Yuna's Sayang untuk theme song Ikal Mayang.

(sebenaqnya aku recall sambil tgk folder masters audio by date yg aku check dlm laptop ni, aku rasa aku missed few yg maybe files dia kat studio). And seperti biasa la still ada few work in progress di studio tapi aku kena cuti sat sbb aku nak bernapaih sikit sat. ( sbb lagu-lagu yg tinggal ni takdak dateline).

Begitulah alkisahnya gherja studio yang ongoing ingoing outgoing semua & mcm biasa nak cerita panjang tak dan dah sbb dah habis! hari tu buat muzikal 13 episodes dengan RTM mcm tiap tiap tahun dok buat; so kali ni buat Ipopular utk TVi masuk 2nd season; so hari tu AG & Co backup untuk Asfan,Ainan Tasneem,Mark Adam,Azri AF,Fynn Jamal,Tri Hadzir,Hani&Zue,Ernie Zikri,Siti Nordiana,Amir Sofaz,Kaka Azraf,Nomad,Najwa Latif,Hafiz Hamidun,Tasha Manshahar & Syed Shamim.Sebelum tu ada gap in between Idola Kecil Ultra punya finals aku sempat direct muzikal untuk season terbaru Akustika Ramadhan TV3 yang akan ke udara setiap hari Selasa 11pm lepas terawih sebanyak 5 episodes sekali harung Akustika Syawal. (mlm ni 29th Jun ada prank show nama Jangan Marah Ha) TV3 ka TV9 tah..tgk la aku kena prank....haih...

So itulah sikit sebanyak progress stgh tahun untuk 2014 ni dan beberapa production yg dah aku post dalam previous punya entry.So disamping busy kesemua production ni Alhamdulillah aku tahun ni expanding Kamar Seni 2.0 di bawah studio recording aku,so far masih lagi under construction tapi almost 90% siap,maklum la buat sikit-sikit & kerja kumpul duit beli barang duit buat kerja,biaq lambat takpa dari meminjam kan? so nanti aku akan update lagi studio baru aku yang akan dibuka untuk umum soon.

So tazkirah untuk post kali ini adalah; theme dia Ramadhan la nooo...
Sempena Ramadhan kali ini marilah kita membersihkan diri daripada dosa agar Ramadhan kali ini sekali lagi fasa titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, banyakkan berdoa ampunkan dosa kita dan seluruh muslimin muslimat saudara kita kepada Allah Taala.
Minta panjang umoq kita ni semua nak beramal ibadat,nak kuat dan teguhkan iman & murah rezeki kita dgn rezeki yang halal.

Barakallahu fi kum.

semalam aku dapat peluang untuk kendali sendiri pesawat team krisakti bersama hero kita! dato kapten halim othman di langit kelabu ( sebab jerebu ). PENGALAMAN BERHARGA WEI! 
Alhamdulillah, apa yg kita impikan janganlah hanya bermimpi.



5 comments:

KB said...

Salam Ramadhan, AG :D! Sentiasa mendoakan kejayaan AG di dunia & akhirat.

nuyuljana said...

Happy birthday agcoco. Semoga bertemu jodoh dgn gadis chinese look seperti yg diidamkan. Keh keh keh.

Salam Ramadhan!

Amy Zakaria said...

salam ramadhan...dan happy belated day

Unknown said...

Aq salute kat hg! Tabik spring!!

Unknown said...

Aq salute kat hg! Tabik spring!!