Thursday, February 18, 2010

Already London!

ok aku agak limit masa nak taip ni sebab aku crash rumah,crash wifi,crash laptop.

So semalam lepas touch down Stansted Airport sahaja, ada problem dengan police imigration yang strict tah hapa-hapa, kitaorg kena tahan..so sangkut gak la setengah jam lebih.Padahal kitaorg cukup ja keperluan seperti VISA, dokumen semua. Lepas dah setel kitaorg gerak amik train, yeah! Noh punya cepat naik tren tak tunggu kitaorg, DANGG!! dia tak pasal-pasal sorang-sorang.KESIAN, lepas tu dengan kepercayaan yang ada, aku tau Noh mesti tau nak buat apa. So selepas 40 minit perjalanan, kitaorg sampai Liverpool ST.dan jumpa Noh disana, dan sambung pergerakkan ke Central Hostel.

Dan agak barai jugaklah kami semua dengan equiptments, begs,haa..dah la beg aku rosak dah!! :( aku tengah fikir nak abandonkan beg ni atau bawak balik. hmm..so lepas dah check in dekat Central Hostel tu, agak barai gakla tempat ni..tapi lagi barai aku duk Jakarta dulu..takpa..buat apa nak mengeluh teruk sangat, syukur cukup kerana boleh berteduh.So malam tu kami pergi ke Delima Restaurant, ada meet & greet Search. Tapi terbalik pulak, masa kami sampai..ramai Raingers kat situ, dan majlis tu macam majlis Hujan pulak? so kami perform 2 lagu. Search tak sampai-sampai dan ramai dah nak balik lepas tu. HMMMM..

Oh ya kat situ aku terjumpa sorang abang ni nama dia aku tak ingat plak, takpa malam ni aku jumpa dia..dia nak amik gambar ngn kitaorg tapi lain ceritanya..sampai2 kat kitaorg terus dia " wei aku no1 COCO's Fan!! " hahahah! terkejut aku!! cuek! lepas tu dia asyik hail aku..damn aku dah segan, dia story kat aku dia follow aku since COCO, dia siap tahu macam-macam jugaklah..fuh dia dah 40years something, dia admire playing aku & dia cakap dia letak aku sebelah Hillary Ang. HEHEHEH..segan lagi aku, speechless, untuk pengetahuan abang (kalau dia baca ni), tahun ni saya dan abang Hillary Ang dapat jadi ambassador untuk Fanndec UK guitar. :)

OK selepas tu balik hostel, aku lost, aku lost , lost lost..INTERNET SATU HARI TAKDAPAT.:( aku rasa loser gila, patutnya aku nak taip semua ni semalam, would be better penulisan aku, tapi aku dah penat sesangat sangat..then aku terus tidur, rabak sampai ke pagi tadi. So bangun pagi tadi aku mandi-mandi, dan bersiap-siap dengan sempurna mcm mana mandi betul-betul. Alhamdulillah, lepas dapat tahu nak pergi ambil barang kat Nik's , aku dah semangat..sebab boleh online! so here i am!! selepas 2 hari yang hectic ni berjalan ke sana ke sini. DAN aku dalam usaha untuk crash rumah! dan rumah! semua kakak-kakak, makcik-makcik kat Delima semalam tegur aku dan aku bagitau kitaorg kat London seminggu, dengan muka tak malu, aku mmg offer ja suruh diaorg ajak makan-makan kat rumah diaorg..&& abang tadi tu rumah dia kat Abbey Road!! tak sabar nak shoot for 2nd time kat sana. Then esok dan lusa aku nak tapau jalan kat London. Pounds aku baru berganjak sekitar 20pound.
Nampaknya aku taktau apa nasib aku lepas ni..online lagi ka tak? haihh!!
wish me luck! Tonight Hujan gonna rock Scala, London! tempat bersejarah lagi!

Sorry penulisan agak kelam kabut. Cukup setakat ini.
1pm NIK's Place, Pimlico, London.

Tuesday, February 16, 2010

Last Night In Dublin.

Hello! masa aku taip blog ni semua tak balik lagi, sebab Search masih perform..
Lepas sahaja show tadi aku terus caoo..aku temankan Am pergi cari souvenir Ireland, so tadi berjalan-jalan malam di kota Dublin, meriah lah! ramai orang berjalan-jalan, ada couple-couple berdating sana sini, nampak cam cozy gila kat sini..orang busking sana sini, pastu aku dapat tahu Ireland ni negara minum eh? aku tengok baju2 souvenir dia semua kaitan dengan arak, minum..tapi takdak lah tulis mabuk plak.. So lepas Am beli barang, aku pun cam nak beli, tapi sebenarnya aku saving sangat-sangat, aku lagi rasa penting aku balik spend duit aku untuk Kamar Seni.

So lepas tu aku pergi Hard Rock, lepas tu Am nak balik tempat show tengok Search..so aku pun nak balik hotel, sebab masa ni lah peluang aku sambung blog, dan online menunggu keajaiban.Perjalanan dari Hard Rock ke hotel,aku jalan sorang-sorang, masa tu aku datang perasaan macam sebak, macam "aku dekat perantauan sekarang, susah payah aku selama ini dalam bidang muzik membuah hasil, tak duga kan? tapi apa yang kita cita-cita tu ada usaha,kesabaran dengan disiplin, InsyaAllah. Papa dulu belajar sampai ke US, lepas tu dia jadi lecturer mengajar serata rantau. :) kini anaknya juga lalui scenario sama cuma berbeza kerjayanya. Cee..Hmm kalau nak cerita perkara-perkara perantauan takkan habihlaa kan? ok sekarang Aku stress Blackberry aku tak dapat connect sempurna dengan Wifi kat Hotel ni, so aku kena bersabar ja lah..:( so far pasal show!!?

Show tadi happening, 2nd song OBSESI telah menaikkan adrenalin yang melebih lebih! sampai krem kepala aku..apapun sedikit frust la pergerakkan aku ngn izzat terhad..haih..dengan Noh punya cable memusing musing. Kacau jiwa..tapi rasa cam sedikit kurang.Taktau nak cakap apa..anyway crowd ramai gila! Malaysian dan Irish, Locals..itulah yang aku happy..datang jauh2 spread performance dan muzik kepada orang luar.Yang the best part! tempat show kami perform tu memang bersejarah! banyak concert buat kat situ, antara nama besar yang pernah perform kat situ salah satunya U2!! gila!! aku lepak kat backstage,ada satu bilik VIP ni, imagine berapa performer dah lepak situ..:) ok aku cuma berbangga! sebagai sudut sisi pemuzik! that's all.OK show dah abis,Aku taktau apa feedback disana , sbb aku terus cao dari tempat show, sorry..even kat mana-mana pun aku memang aku cao dari show selain daripada takda pilihan. Hmm cukuplah penulisan untuk malam ni sebab aku penat sangat, walaupun tadi aku dah mandi kat bilik ayaq hotel, puaihh hati aku! dapat jugak aku ayaq panaih! :D

OK sekarang aku rindu banyak benda, kucing aku Sifoo, taktaulah dia dah berkelakuan pelik since aku tak ada..Avril Lavigne, taktau lah sebab aku tengok banyak minah salleh aku mesti terlintas Avril..tapi kali ni lagi terasa sebab kat lobby hotel tengah on air lagu Avril-How Does It Feel . haihhh!!!
Akhir sekali rindu kehidupan di Kamar Seni. Kehidupan hectic!! kerja bertimbun!! Aku tak sabar nak balik! nak renovate studio! nak masuk piano! nak cat! nak macam2!! masa untuk pimp up Kamar Seni!

OK Sekian.
Hari Akhir di Dublin.

Soundcheck!



Sekarang aku taip blog ni adalah ketika lagi sejam nak start show, aku tulis sekarang sebab aku taktau lepas ni boleh online lagi ka tak, so gambaq aku letak ni adalah board untuk showcase malam ni, tadi kami soundcheck memang mantap, engineer mat salleh ni buat kerja macam minum kopi..aku teringat last 2 years main kat Zanzibar Liverpool, mcm deja vu bila sekali lagi berada dalam scenario macam ni..fuhh! aku sekarang kat lobby Bloom's Hotel, hotel sementara kami menunggu nak show, dan nak siap-siap..

So far hari ni tak jalan mana-mana sangat, aku habiskan banyak masa tidoq kat hotel saja,rehat untuk show malam ni. Pagi tadi sekali lagi aku mandi air ais! redha! tadi dah jumpa Search, hmm ketat semacam ja? kenapa abang-abang Search? ada tak kena eh Hujan datang? maaf bercakap..apa pun diaorg legend..so situasi soundcheck tadi, kami tidak dibenarkan berkongsi backline dengan Search. Daripada Ampli sampai ke Drum set. So apabila dah ada 2 setup ada stage, dengan sengajanya pergerakkan akan menjadi terhad, aku frust sikit part ni sebab aku ngn izzat suka chaos kat stage..tapi apapun malam ni kami cuba seriot boleh.InsyaAllah. Tadi backdrop kat stage logo Search besar, tak ada logo Hujan.Fuh ada cerita eh? sekali lagi maaf bercakap..so hari ni bermulalah jejakan kaki aku di stage Button Factory, Temple Bar. Setup aku simple ja, aku cuma pakai Overdrive dengan Screamer sahaja. Tapi yang bestnya aku dapat JCM800 combo which sama dengan spesifikasi ampli aku kat studio. So aku plug terus confirm sound aku!

ALAMAK! DAH KENA GERAK KE TEMPAT SHOW!!
'LL UPDATE LAGI NANTI!!
BYEE!!

Monday, February 15, 2010

Kerana Abang, Adik Rela.

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sunday, February 14, 2010

Rambang Mata.

Hari ni bangun pagi, layanan istimewa oleh keluarga abg Jeff ni, pagi-pagi dia bagitau rumah Bono U2 tak jauh dari sini..gila. Aku konon mcm takdak apa yang jadi tau pasal tu, lalala diam diam..shh. Kami mulakan breakfast dengan Mihun dengan telur goreng. Tadi pagi tadi aku berjaya tangkap dukung kucing..nama kucing tu August.Berlagak gila..sebijik mcm Sifoo..tapi atleast Sifoo dengan aku dia ada manja sikit, dengan orang dia belagak. Kucing sini mesti cakap mat salleh ngn aku..sure dia tension. Sekali lagi usaha tak berjaya connect internet kat Laptop sendiri. Its okay aku boleh on wifi through BB aku.

Keluarr ke town Dublin.
kami keluar agak awal, agak banyak kedai yang nak pergi tu semua masih tutup.Sebab semalamnya ramai keluar dating V.day..mabuk2..semua bangun lambat..tambah-tambah lagi Ahad.Kalau kita Ahad kedai tutup awal, sini Ahad kedai buka lambat. Jadi kami jalan-jalan dulu tengok2 town then amik-amik gambar. Fuhh!! cantik gila view! sorry aku tak dapat nak upload sampai lah aku balik KL nanti, atas sebab-sebab tertentu.
Selepas hampir sejam jalan, kedai-kedai muzik dah start buka. Imagine bila dah bukak, excited gila aku ngn yg lain-lain tengok..hmm..aku agak addict ngn stomp boxes, recording equiptments dan vintages amp..tapi aku mampu window shopping jalah, sebab target aku nak beli kosmetik2 ni semua adalah dekat London nanti. okay so aku mengalah & aku beli skinny guitar strap! . Jadi seharian berjalan sampai Maghrib. Kami crash rumah si Adi..dia seorang businessman jual pool table import..rumah dia cool! aku berak kat rumah dia! hihi maaf bercakap ya. Aku mention sebab tu the 1st attempt aku berak untuk trip ni. Sini berak takdak tembak2!! HARGH!
Lepas tu berak sejuk, taik keraih! hehehe..-_-'

Lepas abis trip hari ni, dipendekkan cerita semuanya lancar. Kalau shopping2 ni belum nak difikirkan sangat lagi.Sebab! di Dublin banyak Raingers. Tak sabar nak perform Selasa ni..kami dapat tahu selepas Hujan diinform datang, TICKETS SALES bergerak pantas!! ( Maaf bercakap lagi, bukan niat menyinggung sesiapa )..Alhamdulillah, secara tak langsung juga ia mendatangkan kebaikkan semua juga ya kan? ok lepas rumah Adi, kami pun pulang terus ke rumah. Sebelum tu aku sempat berBBM dengan Ully di studio, banyak perkara-perkara di Kamar Seni sekarang di bawah jagaan dia, harap-harap semuanya baik baik. OK setakat ni blog untuk hari ini, Aku dah tak larat sebenarnya, lagipun kali ini taip pakai laptop orang..tak feel, banyak perkara telah dipendekkan cerita..harap maklum..Takpa atleast aku berupdate info semasa. RARE sungguh! lalalala..k lah goodnight..

KL - Abu Dhabi - London - Dublin = 24jam

Depature;
scenario, drama.
Semua gerak ke airport sama-sama, dan sampai pun sama.
yang best part masa sampai airport bila Hang Dimas tanya keyboard dia kat aku ngn Ully.
hahaha dia tak remind pun pasal keyboard dia anyway. So aku ngn Ully kena blame, aku takleh
accept la..sebabnya aku pun ada banyak barang aku sendiri nak kena packing.
masa check in, aku takdak mood..tak layan sapa-sapa pun..aku tak makan satu hari..sebab aku asyik khusyuk nak setelkan kerja studio aku, packings, pastu nak briefing anak-anak kapal Kamar Seni yang lain. So Kamar Seni sekarang diambil alih Ully, disamping orang kiri dan kanan yakni Dugang ngn Dikgee. ok ok, balik kepada airport..kami ke UK kali ni ada kali kedua..dan kami naik Etihad. Lebih kurang sama dengan Emirates, cuma dia lebih baru dan cun lagi dari Emirates. Transit di Abu Dhabi. Ok tadi Dimas tertinggal keyboard dia, nak naik flight pulak, dia hilangkan boarding pass dia!! hadoi! teruk sungguh..at last Kak Ili ( tour manager Hujan utk UK ) yang setelkan. blablabla..semua selamat naik flight.

Ok perjalanan ke Abu Dhabi adalah disaster untuk aku..dipendekkan cerita, aku takleh sandar banyak seat aku sebab izzat dah tahan belakang dengan kaki dia.ARGH.Dia pula terlena, aku cam tak suka kacau orang dah terlena.LALALAL..pastu satu part ni aku terlena, pastu terjaga aku nak pergi toilet, then terlanggar air dalam cawan gantung kat seat depan aku..SERIAPP!! basahh segala-galanya kat seat aku :( Am sebelah aku relax ja. zup zap zup zap. Sampai Abu Dhabi, transit 2 jam tapi 2 jam yang tak sempat apa sangat pun..2nd flight dari Abu Dhabi pergi London Alhamdulillah..semua okay, aku tidur dengan baik sekali. Atas flight aku tengok movie yang semuanya sekerat jalan.

Arrival;
Akhirnya sampai Heathrow, OK masa sampai sini beratur kat Imigresen ada satu family Canadian ni, ada sorang perempuan ni, aku bet dia 13,14 tahun dengan parents dia..muka dia macam Avril la sekali..pastu Canadian. OK kami terpisah dekat imigresen.Then kitaorg agak lama sangkut dekat Imigresen sebab nak verify VISA UK dan IRELAND.So lepas UK dah setel, VISA Ireland pulak. Dimas takda VISA Ireland so dia ambil flight ke Belfast then travel ke Dublin dengan bas. Kami sampai London disambut oleh Nik Imran dan Syafiq, sampai London terus ke rumah Nik Imran..crash sana. Repack barang-barang untuk ke Dublin. Lepas tu ke Restaurant Tuk Din, interview dengan NST, yang reporter tu makcik yang dah hampir 15 tahun duduk London, then Tuk Din tu memang famous, Anthony Hopkins selalu lepak restaurant dia..&& depa ni orang Kedah. Bangganya aku. OK lepas tu kami kejar tren ke Stanstead Airport,sampai airport check in ada problem dengan berat barang..jadi beli lagi tiket untuk tempat duduk guitar, imagine la..

Dublin,
sampai Dublin disambut Luk,Jef, dan sapa lagi aku tak ingat..layanan yang diberikan organizer memang special sangat! rumah abang Jef ni cool gila, kami satu band duduk kat atas attic, memang cool! ( aku tau ni bilik anak-anak dia )..jadi bila aku,am,izzat ngn noh dah crash attic ni..abih laa wayar penuh berselirat..dengan laptops, chargers, gadgets..paling tak best laptop aku tak dapat connect wifi. ARGH! tapi BB aku boleh pulak. So aku tulis blog ni dengan notepad ja, then tumpang laptop Izzat yang screen dia boleh pusing2 aku ingat dah patah! so malam semalam sebelum nak tidoq yang REAL!! kami meeting, brief pasal itenary tour.Then semua dah setel, && hopefully semua ok, so far tak ada major problem, harap-harap lancar.Cuma aku tak puas hati takleh nak connect Internet.Yang lain boleh pulak! hmm..ok sekarang ni dah dekat nak 8am, sejuk, semua nak mandi takboleh,hancoq.Mampoih! ok setakat ni dulu aku tulis untuk entry pertama dari sini. Nanti aku update lagi. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba mu ini. Amin.

Thursday, February 11, 2010

Saya Kembali!

InsyaAllah akan cuba meluangkan masa dengan blog ni..nak kena potong rumput, lalang semua banyak sangat ni..haih..

Hari ni saya ke negara inggeris selama 2 minggu. dan saya taktau apa nak jadi kat sana nanti..harap-harap semuanya baik belaka, dan saya akan isi masa kosong dengan blogging..dah bawak kamera ni..dengan harapan nak blog progress tiap-tiap hari kat sana..diary la konon!! huh! kita tengok berjayakah harapan ini dimakbulkan!!!?

AG