Tuesday, February 16, 2010
Soundcheck!
Sekarang aku taip blog ni adalah ketika lagi sejam nak start show, aku tulis sekarang sebab aku taktau lepas ni boleh online lagi ka tak, so gambaq aku letak ni adalah board untuk showcase malam ni, tadi kami soundcheck memang mantap, engineer mat salleh ni buat kerja macam minum kopi..aku teringat last 2 years main kat Zanzibar Liverpool, mcm deja vu bila sekali lagi berada dalam scenario macam ni..fuhh! aku sekarang kat lobby Bloom's Hotel, hotel sementara kami menunggu nak show, dan nak siap-siap..
So far hari ni tak jalan mana-mana sangat, aku habiskan banyak masa tidoq kat hotel saja,rehat untuk show malam ni. Pagi tadi sekali lagi aku mandi air ais! redha! tadi dah jumpa Search, hmm ketat semacam ja? kenapa abang-abang Search? ada tak kena eh Hujan datang? maaf bercakap..apa pun diaorg legend..so situasi soundcheck tadi, kami tidak dibenarkan berkongsi backline dengan Search. Daripada Ampli sampai ke Drum set. So apabila dah ada 2 setup ada stage, dengan sengajanya pergerakkan akan menjadi terhad, aku frust sikit part ni sebab aku ngn izzat suka chaos kat stage..tapi apapun malam ni kami cuba seriot boleh.InsyaAllah. Tadi backdrop kat stage logo Search besar, tak ada logo Hujan.Fuh ada cerita eh? sekali lagi maaf bercakap..so hari ni bermulalah jejakan kaki aku di stage Button Factory, Temple Bar. Setup aku simple ja, aku cuma pakai Overdrive dengan Screamer sahaja. Tapi yang bestnya aku dapat JCM800 combo which sama dengan spesifikasi ampli aku kat studio. So aku plug terus confirm sound aku!
ALAMAK! DAH KENA GERAK KE TEMPAT SHOW!!
'LL UPDATE LAGI NANTI!!
BYEE!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment