INI ADALAH BLOG HARI KHAMIS LEPAS.
SORRY AKU UPLOAD HARI NI..AKU BARU TERINGAT AKU MISSED SATU HARI.
Selesai sudah showcase di London, so hari ni macam-macam hal jugaklah, lepas dari crash rumah Nik, balik hostel terus packing untuk ke venue, singgah MSD dulu, yeah! hari ni satu hal pulak, AM datang angin apa tah merajuk..dia diam satu hari, takda cakap-cakap..risau pulak aku dgn dia, kesian.. so tadi kat Kantin MSD, sekali lagi pengusaha kedai makan sini adalah orang Kedah, dan beberapa orang Kedah aku dengar kat sana sini kat London..sakan gak depa ni, tapi respek orang Kedah pi la sampai mana pun..memang loghat takleh lepaih..OK jadi petang tu ada orang amik kami dari MSD ke venue, nama dia Omar, masa dalam van dia peramah gila, sembang macam-macam jugak sampai satu part ni bila dia cakap dia kenai Tunku Abdul Rahmah, fuhh rasa bangga gila aku..pastu dia cakap dia orang Sudan, aku terus cakap arab ngn dia, ceee..:D aku start " hal anta a'rifu takallamu fil lughah? ", dia teruih jawab cut cit cut cit bahasa A'rab dengan slang arab yang power gila, nyottt!
Sampai saja venue, seperti biasa aku usya barang dulu, so far backline ok, pastu sistem dia semua analog, dari F.O.H sampai lah ke monitor punya console, so bila dah kata analog ni takleh la nak save apa preset ka apa ka..hmmm..jadi serah ngn takdir lah, tapi engineer depa buat kerja detail, siap salin settings semua. pastu depa tak kerek, part tak kerek tu aku terkejut, aah la dari Dublin pun sama, engineer kat sini power-power pastu tak kerek, diaorg happy ja, kalau kita ada masalah,even masalah bodoh pun, diaorg cool ja. Maaf bercakaplah, masih ada engineer yang kerek tapi tak power kat KL, banyak cakap dari kerja, malulah woi.Seperti biasa soundcheck terus makan, then tunggu masa nak perform.
Lepas tu show start! ok aku nak post gak blog yang agak dah basi ni alang-alang.banyak benda nak cerita tapi takdak mood pulak nak patah balik ingat hari lepas..ngantuk lah!
Apapun, konsert jelajah UK tahun ni adalah sukses, cuma pengurusan sahaja agak kelam kabut, maklumlah baru nak try-try organize..maaf bercakap ya, aku bersyukur semua selamat.Tak sabar nak balik KL ni dah.
Sunday, February 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pndai ckp Arab yerk...
x tau pown...
hahaha....
betul lah, sini masih banyak engine yang tak power tapi kerek... pernah gak gaduh, dia mati2 cakap kalau tak kbod, kabel aku yang rosak, aku angin lah sebab aku tau barang aku hari2 pakai rosak ker tak, sampai nak bertumbuk, last sekali d.i box dia yang rosak, itu pun dia taknak mengaku jugak.... hurm..
Post a Comment