Tuesday, February 23, 2010

Last Day in London.

Good Morning,
semalam aku dah taip halfway pastu terlena..
penat plak.Aku agak happy hari ni hari last kat London, esok nak balik dah!
ok cerita semalam..

Semalam bangun agak laid back, semua liat..lepas dah terjaga semua online, except Noh, dia tidur lama gila.Pastu breakfast nasi goreng bapa Shafiq masak.tak sabar nak balik.
Tiba-tiba snow turun, tapi tak lama pun, tapi lepas snow turun tu plan mcm2 agak lari sebab Izzat pun demam,takkan nak keluar tgh snowing.OK tuptap tuptap kul3pm baru kami keluar, pi Holiday Villa dulu jumpa Azmi, then interview Melodi untuk tour UK ni, lepas tu kitaorg busking dekat kawasan2 Holiday Villa tu untuk program raya TV3 nanti, gila dol, main guitar dalam suhu 1 Celcius dengan angin lagi, damn!

Sesudah saja shooting, so kami ngn Am macam biasa, berpecah.Hari ni Dimas tak ada, dia dengan wife dia pergi Leicaster.Kitaorg pergi Denmark Street, tempat syurga kedai muzik tu..sebab Noh nak cari strap guitar untuk Liyana Fizi, sampai-sampai sana aku macam dah plan nak beli apa amp tanpa fikir panjang aku terus beli hardcase kecik untuk aku pakai kalau nak travel & bila nak pakai efek 2,3 stomps.20 pound melayang dah, duit bukan ada sangat dah..pastu pergi try Tokai Les Paul Jr, Noh duk admire dah lama..kitaorg try..sedap gila guitar tu, twangness dia ada, pastu sustain dia pun kemas, haih aku faham perasaan Noh, dia agak lost masa tu. Nak tak nak, dia nak balik fikir dulu nak beli ke tak.Lepas tu gerak ke St John's Wood.

Ngam-ngam sampai St John's Wood, abang Rozani dah tunggu kat train station, pastu kitaorang jalan pergi rumah dia,yeah! malam smlm dinner kat rumah dia..kitaorg panggil dia Abang COCO, sebab dia approach kitaorg sebab dia follow aku since Coco, hahaha segan gila aku.Abang Rozani ni kerja Petronas Ofkos!! dia masyuk gila! rumah dia besar, pakai Merc besar. Dia duduk 3 orang ja, ngn wife dan sorang anak. Sampai-sampai ja nampak piano terus aku pergi main piano..kitaorg dinner Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah dengan kari kurma, sedap! dengan Fanta lagi..lepas borak-borak pasal music scene, industry, dan macam-macam lagi..sebelum balik, kitaorg jam selagu dengan abang Rozani, bising gila rumah dia.Lepas tu balik dia offer nak hantar! Wah best gila part hantar balik ni, saving Oyster card aku untuk hari ni nak jalan.Kitaorg semalam sight seeing London waktu malam, romantik sungguh pemandangan London, tapi cam scary pun ada, bangunan2 lama dia nampak cam goth gila. Pastu kitaorg stop by kawasan parlimen, kat Big Ben tu..amik gambar, SEJUK GILA! aku pakai tshirt ja konon macam kejab ja kot takapa. NEEAHH!! lepas tu terus balik, oh ya Abang Rozani hadiahkan aku kasut! aku taktau kasut apa, tapi memang cun la nanti aku tunjuk.



Okay! hari ni aku confirm aku pergi Stamford Bridge..nak pergi stadium Chelsea, aku bukan fan Chelsea pun, saja ja pi nak bakaq untuk kawan-kawan yang fan Chelsea kat KL nuu..pastu aku nak pi Emirates Stadium, yaa tu tempat aku! aku Gunners dol! hihhi, kemudian hari ni ada aura-aura Noh nak beli guitar..belikah dia?? kita tungguu! malam ni dinner free lagi, kat rumah Kak Liza, somewhere dekat-dekat area Hostel kitaorg tinggal.Then malam ni malam nak packing barang-barang, fuh aku taktau macam mana nanti, risau plak kalau tak lepas brg ni brg nu.HMMM..aku rasa aku agak missing banyak perkara gak, blog ni blog lepas..haih, setiap kali blog mesti dalam keadaan rushing atau tak kena dengan time.Anyway ni last blog aku dari UK, harap-harap aku balik KL nanti aku still ada masa nak taip blog, harap-harap laaa kan??? ok tapi aku ada banyak benda lagi yang general untuk kita share, tapi aku akan taip dalam satu entry! so sampai kita jumpa lagi ya? terima kasih semua kerana sudi sudu dok buang masa baca..maaf bercakaplah kalau ada salah silap terasa ka apa..Doakan aku selamat pulang ke Kuala Lumpur dengan yang lain-lain. OKAY! Jumpa di Kuala Lumpur.

ADOOHH aku teringat, lepas touch down ja kat KLIA, kitaorang ada show kat Alam Sentral Shah Alam. Hectic sungguh, jemput datang k? aku perform 2 band hari tu nanti..Hujan dengan Liyana Jasmay.Wasalamm..

AG

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terus maju, dan berjaya di Cairo. kita semua akan terus rindukan gitaris ini nnt. so long.