Hello! masa aku taip blog ni semua tak balik lagi, sebab Search masih perform..
Lepas sahaja show tadi aku terus caoo..aku temankan Am pergi cari souvenir Ireland, so tadi berjalan-jalan malam di kota Dublin, meriah lah! ramai orang berjalan-jalan, ada couple-couple berdating sana sini, nampak cam cozy gila kat sini..orang busking sana sini, pastu aku dapat tahu Ireland ni negara minum eh? aku tengok baju2 souvenir dia semua kaitan dengan arak, minum..tapi takdak lah tulis mabuk plak.. So lepas Am beli barang, aku pun cam nak beli, tapi sebenarnya aku saving sangat-sangat, aku lagi rasa penting aku balik spend duit aku untuk Kamar Seni.
So lepas tu aku pergi Hard Rock, lepas tu Am nak balik tempat show tengok Search..so aku pun nak balik hotel, sebab masa ni lah peluang aku sambung blog, dan online menunggu keajaiban.Perjalanan dari Hard Rock ke hotel,aku jalan sorang-sorang, masa tu aku datang perasaan macam sebak, macam "aku dekat perantauan sekarang, susah payah aku selama ini dalam bidang muzik membuah hasil, tak duga kan? tapi apa yang kita cita-cita tu ada usaha,kesabaran dengan disiplin, InsyaAllah. Papa dulu belajar sampai ke US, lepas tu dia jadi lecturer mengajar serata rantau. :) kini anaknya juga lalui scenario sama cuma berbeza kerjayanya. Cee..Hmm kalau nak cerita perkara-perkara perantauan takkan habihlaa kan? ok sekarang Aku stress Blackberry aku tak dapat connect sempurna dengan Wifi kat Hotel ni, so aku kena bersabar ja lah..:( so far pasal show!!?
Show tadi happening, 2nd song OBSESI telah menaikkan adrenalin yang melebih lebih! sampai krem kepala aku..apapun sedikit frust la pergerakkan aku ngn izzat terhad..haih..dengan Noh punya cable memusing musing. Kacau jiwa..tapi rasa cam sedikit kurang.Taktau nak cakap apa..anyway crowd ramai gila! Malaysian dan Irish, Locals..itulah yang aku happy..datang jauh2 spread performance dan muzik kepada orang luar.Yang the best part! tempat show kami perform tu memang bersejarah! banyak concert buat kat situ, antara nama besar yang pernah perform kat situ salah satunya U2!! gila!! aku lepak kat backstage,ada satu bilik VIP ni, imagine berapa performer dah lepak situ..:) ok aku cuma berbangga! sebagai sudut sisi pemuzik! that's all.OK show dah abis,Aku taktau apa feedback disana , sbb aku terus cao dari tempat show, sorry..even kat mana-mana pun aku memang aku cao dari show selain daripada takda pilihan. Hmm cukuplah penulisan untuk malam ni sebab aku penat sangat, walaupun tadi aku dah mandi kat bilik ayaq hotel, puaihh hati aku! dapat jugak aku ayaq panaih! :D
OK sekarang aku rindu banyak benda, kucing aku Sifoo, taktaulah dia dah berkelakuan pelik since aku tak ada..Avril Lavigne, taktau lah sebab aku tengok banyak minah salleh aku mesti terlintas Avril..tapi kali ni lagi terasa sebab kat lobby hotel tengah on air lagu Avril-How Does It Feel . haihhh!!!
Akhir sekali rindu kehidupan di Kamar Seni. Kehidupan hectic!! kerja bertimbun!! Aku tak sabar nak balik! nak renovate studio! nak masuk piano! nak cat! nak macam2!! masa untuk pimp up Kamar Seni!
OK Sekian.
Hari Akhir di Dublin.
Tuesday, February 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahaha...
Msti gmpak r show u all kt dublin...
Mrantau cm ne pown akhr nyer blik mlysia blik...
Tul x?
HUJAN mmg best la td...next time dtg Dublin lg k buat performance. btw..rumah adi mmg cool gler kannn..:p
Post a Comment