Sunday, February 21, 2010

NAK TAG GAMBAR KENA MINTA PERMISSION??

Tajuk atas ni seperti biasa! Izzat yang kasi..aku takda idea.
aku pun tak faham apa maksud dia..heheh..

Location : Shafiq Hardi's ( Hyde Park ST, Central London )
Weather : Rainy
Time : 11am.

Selepas beberapa hari aku tak dapat online, aku tak dapat nak update apa-apa, sampai menyampah nak taip bnyk benda sebenarnya. Nak taip ja mengantuk, penat berjalan..berjalan macam nak rak, hari ni pun sama..tapi aku tak mandi-mandi lagi ni..Lepas tu baru update2 pasal progress kat studio dengan Ully semua.Harap-harap segalanya lancar.Hari ni patutnya pagi awal nak keluar photoshoot kat Abbey Road. Patutnya shoot semalam dah setel dah. Smlm tak shoot sebab Am delay photoshoot..TAU TAK SEBAB APA!? dia ingat Abbey Road kat Liverpool! adohhh!!! dah rugi masa ja semalam.Hari ni plak hujan, kalau ikutkan aku..shoot jelah hujan-hujan pun, baru HUJAN ye dak? tapi sejuk macam orang gila, kerja gila semua nanti.Sekarang Shafiq tengah check tube services sebab sekarang diaorg tengah tutup-tutup sesetengah tempat sbb tengah service.

OK last 2 days, keluaq shopping tak berenti, 1st day pegi area Leicester Square, kat situ macam heaven dengan books..aku shopping kat Fopp, beli cd pastu jalan-jalan ja..taktau nak beli apa, aku nak saving sgt.Sbb nak buat lantai kayu kat studio belakang. Lepas Leicester Square,kami pergi Tottenham Ct Road, pastu Denmark Street, pastu kat Denmark Street ni penuh dengan kedai instruments..ARAM JADAH, excited gila, sampai-sampai aku dah nampak stomp boxes, guitars, barang-barang studio!! shitt!!! mata jadi 10 mata! tunggang langgang..in the end apa pun tak beli, sebab lost..imagine mcm Jln TAR, tapi semua kedai music! aku tak amik gambaq !! sebab jakun.. so aku ada problem bila nak beli aku sibuk convert, lost! tapi aku lega la jugak tak beli apa-apa suddenly aku rasa mcm saving dahh! aku teringat Jamtank.net ..lagi puas hati aku beli kat Jamtank, 2nd hand, murah. Tak kusut. kalau fikir nak beli guitar, aku nak Godin ja..sini tak bnyk Godin, one thing aku boleh dapat Godin murah kat KL.Stomp Boxes kadang-kadang aku nak jugak..tapi aku rasa aku punya sekarang dah cukup dahh..haihh! gila! OK dah..lepas tu aku tak ingat, balik-balik flet, terus tidoq! sekian!

2nd day!
semalam la kan? ok, semalam memang hari gila! duit aku TERbelanja smpai tinggal 10 pound. Nak aram betoi. Mula-mula pergi Portabello Rd, dia macam uptown,ala pasar siang, tapi jual barang2 vintages, antik, dengan macam2 lagi sebenarnya, ala macam downtown tu..longgok2 barang 2pound sampai 10,20 pound..fuh mcm murah kan? bila convert? nak haram..pastu aku makan nasi goreng telur 6 pound.Relax ja, pastu aku convert..RM30++!!! hahahahah!! baruaaa!! Kat Portabello, aku beli Dr Martens!.Frust la aku tak jumpa tshirt ka posters ka..tapi at last aku jumpa gak calendar 2010 Avril Lavigne, tapi ada 1 ja! aku nak 2, :( ok lah redhalah..
Lepas Portabello, pergi Camden..ok sampai Camden! gila sini heaven sungguh kalau shopping macam kasut, baju, vinyls, oihh macam-macam lah! sekali lagi macam kelmarin gak..aku lost! lost! aku suka bila aku lost, aku takkan beli apa, pastu secara baiknya aku akan saving! Thank you! ok cukupla story sakit hati semua, pastu nak balik ayat kak ili nak pergi HMV! ok lepas Camden, kitaorg gerak pergi Picadilly Circus..happening gila jugak! mcm dalam filem-filem kawasan ni, tapi! aku masuk HMV saja. OK dalam HMV ni lah saatnya aku TERperabih duit sampai tinggai 10 pound, pastu topup tiket transport, makan kat Noodle Odle tinggal la 5 pound! haram! so Izzat lagi sedih tinggal 2 pound, aku tengok sendiri dia kira duit depan aku, tak jumpa pun kertas pound..rupanya dia dah pakai last duit dia bayar makan! hahahah lawak! tapi sedih. So aku ngn Izzat kena duduk sama-sama, sebab kalau duduk sama-sama rasa cam BANYAK sikit duit.HEHE..ish banyak story sebenarnya nak story...tapi aku taip rushing2 ni sebab dah nak kena sign out semua benda nak mandi, semua dah mandi tinggal aku ja belum, haih..so ending dia lepas balik jalan-jalan jumpa Shafiq! terus dia offer datang rumah dia! rumah dia rumah besar! walking distance dari rumah Tony Blair! lalalala..sampai rumah Shafiq! dapat lah internet! dapat lah aku blog ni!Alhamdulillah. OK gtg, aku try edit lagi ka camana ka..barua rushing la plak!

OH AAH, pasal show London aku ada taip halfway kat notepad, nanti aku check balik.
aku taip masa dah nak tidoq, taip tak abih..haih..k bye.

2 comments:

Anonymous said...

x yah r berjmat sgt AG msa jln2 kt sna...
Hahaha...

Boo said...
This comment has been removed by the author.