Sekali lagi tajuk malam ni Izzat yang bagi,dia baru lelap mata..dah nak demam dah dia, kesian, tubuh badan tak boleh negotiate dengan suhu sejuk. At last,sekali lagi berpeluang lepak rumah Shafiq, so dapatlah aku update lagi blog untuk hari ni.Malam ni rumah dia ada parents dia, ya Allah tadi sampai-sampai sini tebalnya muka.. aku , izzat ngn noh segan sebenarnya, imagine nak internet connection punya pasal! cee mula-mula berlakon konon-konon nak singgah amik barang..pastu belakon punya belakon sampai mak dia dah offer tidur, boleh plak tolak-tolak..lalala..pastu in the end ?? ni lah dia..:D
Ok hari ni tadi pergi Abbey Road, photoshoot kat tempat lintas jalan tu, so far standard la sure susah punya sebab ramai kot nak shoot gambar kat situ. Last-last selepas 508 kali lintas jalan baru dapat shot yang best.:D tak sabar nak combine gambar beatles, hujan uk tour 2008 dengan latest photoshoot ni.Aku tengok dinding depan Abbey Road studio tu diaorg dah cat rupanya..patutlah painting lama tak jumpa2..mistake la kitaorg pulak tak bawak marker pen! haiyoo..lepas tu yeah! sight seeing London, tadi pergi Trafalgar Square, Buckhingham Palace, Hyde Park, London Eye, eh macam-macam la sampai tak sempat ke Tower Bridge, sian Izzat..abis jalan-jalan penat, kitaorg gerak g Elephant & Castle, hujung London..g rumah tempat yang Am lepak, kawan Am ni Jetto Kaiser terer masak..malam tadi dia masak kat kitaorg semua Nasi Lemak..fuh lega, sedap mcm Nasi Lemak Kpg Baru..sambai dia rare! lepas tu dah penat lagi, balik! tapi singgah Hyde Park Street dimana kisahnya aku dah taip kat intro untuk entry blog ni..selamat patah balik!!
Ada yang bertanyakan gambar-gambar..ohohh..tak boleh upload buat masa ni sebab nanti ada yang sibuk tak kena gaya..jadi aku kena balik KL, nak edit-edit dulu baru upload.
OK dah lewat malam, nak tidoq sangat-sangat..malam ni tidoq dengan Noh, abisla akuuu...kreekkk kreekkk!~
Sunday, February 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haha. pasepa "habeh la akuu" haha
Post a Comment